Salam Perkenalan CodeIgniter

Berjumpa lagi dengan pembelajaran CodeIgniter.

Kali ini kita nak cuba buat ‘Hello world’ dengan CodeIgniter. Sememangnya menjadi kebiasaan dalam pengaturcaraan, perkara pertama ialah keluarkan output ‘Hello World’. Tapi kali ini kita cuba keluarkan ‘salam perkenalan dari CodeIgniter’.

Sebelum memulakan, lebih baik kita ulangkaji dengan;
1. Pemasangan CodeIgniter
2. Struktur URL CodeIgniter

Ok, jom kita mulakan.

Langkah 1 : Bina satu fail hello.php di dalam folder controller.
Langkah 2 : Copy dan paste aturcara di bawah ke dalam fail hello.php.

 
if ( ! defined('BASEPATH')) exit('No direct script access allowed');

class Hello extends CI_Controller {
	
	public function hai()
	{
		echo 'Salam perkenalan dari CodeIgniter';
	}
}

Langkah 3 : Buka browser dan taip url : http://localhost//index.php/hello/hai/

Sepatutnya browser anda akan memaparkan ‘Salam perkenalan dari CodeIgniter’.
Di sini kita dapat lihat bagaimana struktur URL CodeIgniter berfungsi. Selepas index.php, ‘hello’ merupakan objek atau class manakala ‘hai’ merupakan method di dalam objek ‘hello’.

Selamat Mencuba.

rais.my

2 thoughts on “Salam Perkenalan CodeIgniter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*