Menggunakan Zoom Window di dalam Mac OS X

rais, 03 February 2012, No comments
Categories: Apple, mac, teknologi, Umum
Tags: , ,

Anda boleh menggunakan kemudahan zoom window yang tersedia di dalam Mac OS X anda.

Namun kemudahan ini secara lalainya tidak diaktifkan. Untuk mengaktifkan kemudahan ini, ikut langkah berikut;

Pada “System Preferences” daripada  Apple menu, klik “Universal Access”. Kemudian klik pada tab “Seeing” dan pada “Zoom”, klik ON. Kemudian klik checkbox “Zoom in window”.

Kekunci pantas lalai zoom ialah Control+Scrolling. Sekarang anda akan dapat kemudahan seperti kanta pembesar. Ini memudahkan anda zoom kepada skrin anda terutama ketika anda dihadapan mengajar.

Selamat mencuba.

rais.my

Anugerah Khidmat Cemerlang UTHM 2010

rais, 30 December 2011, No comments
Categories: Umum, uthm
Tags: , , , ,

Salam,

Pada 29 Disember 2011, berlangsung majlis Anugerah Khidmat Cemerlang UTHM untuk tahun 2010. So tahniah kepada semua penerima anugerah dan tahniah juga kepada penganjur dan petugas yang terlibat menjayakannya…


rais.my

Research & Inovation Compete 2011 – UTHM

Salam,

Pada bulan November 2011 lepas, ORICC atau Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan, UTHM menganjurkan Research & Inovation Compete 2011. Tergerak hati nak hantar penyertaan. So saya dengan kengkawan yang lain try hantar 3 projek.

Alhamdulillah, 2 projek dapat saguhati dan 1 projek dapat silver medal dalam kategori inovasi. Projek yang mendapat Silver Medal tersebut diketuai oleh Rosmaini Miftah dengan tajuk neural.my. So kalau nak tahu lebih lanjut, boleh try akses http://neural.my… (Maini… web nih hidup kan? ;) )

Ni Rusmaini… ketua kumpulan dengan projek neural.my dan dapat silver medal… senyum-senyum…

Dan projek-projek lain…

rais.my

Kursus Win 7 – Mission Accomplished

Salam,

Sebelum tu ucapan tahniah kepada semua peserta kursus Microsoft Certified Technology Specialist – Windows 7, Configuring yang berjaya mengharungi kursus bermula 5 Disember 2011 hingga 15 Disember 2011 di Makmal PTM 1, UTHM. Terima kasih tidak terhingga kepada Guru yang telah mengajar kami iaitu En. Ali Reza Azmi dengan tunjuk ajar dan berkongsi pelbagai pengalaman bersama kami.

Ucapan tahniah juga kepada mereka yang berjaya menduduki peperiksaan denga jayanya dan mendapat Sijil Profesional (Microsoft Certified Technology Specialist – Windows 7, Configuring) atau MCTS – WIN7.

Kursus ini sememangnya memberikan pendedahan yang begitu terperinci berkaitan Win 7. Sejurus selepas itu saya pun terus jer install Windows 7 dan ternyata performance dan stability jauh berbeza dengan Win XP. Kursus ini saya bukan sahaja mencadangkan juruteknik sahaja yang patut ambil bahkan developer juga penting mendalami Win 7 bagi menjamin sistem atau aplikasi yang dibangunkan stabil… ;)


rais.my

Alert SMS secara PERCUMA untuk Bencana di Malaysia

Salam,

Atas permintaan ramai, satu notifikasi sms secara PERCUMA menggunakan engine google calendar telah diwujudkan bagi alert berkaitan bencana yang berlaku di Malaysia tidak kiralah seperti banjir, tanah runtuh, kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Sebenarnya google calendar digunakan khas untuk perkara lain. Namun kita manipulasi kegunaannya sebagai sistem alert. Ini kerana google menghantar SMS secara percuma. Jadi kita tidak keluarkan satu sen pun.

Langkah-langkahnya seperti di bawah;

1. Anda mesti mempunyai akaun gmail.

2. Anda mesti mengaktifkan mobile pada google calendar anda.
[sekiranya belum klik sini]

3. Subcribe atau langgan kalendar Bencana Malaysia.
[Masukkan URL ini pada ruangan URL : Klik dan copy link location / copy link address]

4. Setkan notifikasi SMS pada kalendar Bencana Malaysia.

5. Save.

Kalendar-kalendar lain yang anda boleh langgan;

a. Info Banjir UTHM : Klik dan copy link location / copy link address

b. AmbilTahu@Google (Berita Terkini : sukan, hiburan, info dan lain-lain) :
Klik dan copy link location / copy link address

Selamat mencuba

rais.my

Google Calendar – Alert / Notification SMS secara PERCUMA

rais, 16 December 2011, No comments
Categories: google, html, internet, teknologi, Umum
Tags: , , , ,

Salam,

Rasanya rama yang menggunakan Google Calendar bagi memudahkan urusan harian. Tapi, tahukan anda bahawa google memberikan pekhidmatan alert atau notification SMS secara PERCUMA bagi mengingatkan kita kepada temujanji yang dimasukkan ke dalam Google Calendar?

Ya. Itu yang bestnya Google Calendar ni. Alert / Notification akan dihantar secara PERCUMA kepada handphone kita.

Namun kita perlu mengaktifkan dahulu modul mobile di Google Calendar kita. Ini langkah-langkahnya :

1. Mesti ada akaun GMAIL. (Kalau tak ada register lah)
2. Klik pada Calendar pada link sebelah atas tu.

3. Klik pada calendar kemudian setting.

4. Aktifkan mobile setup pada Google Calendar.

Selepas itu kita akan menerima SMS secara percuma temujanji yang kita masukkan ke dalam Google Calendar kita.

Selain daripada itu, kita juga boleh menerima SMS sekiranya terdapat seseorang membuat invitation kepada kalendar kita.

Selamat mencuba.

rais.my

Anmum, Pek percuma 500g dan hadiah ipad2

rais, 23 October 2011, No comments
Categories: Ipad, Umum
Tags: , , ,

Salam,

Nampaknya Anmum kembali lagi dengan percuma pek susu anmum 500g apabila ditukar dengan hujung pencedok.

Boleh lawati laman web anmum dan dapatkan borang untuk tebus. Selain daripada itu, terdapat hadiah Ipad 2 untuk dimenangi.

Laman Web Anmum : http://anmum.com/my
Borang : Borang

rais.my

Duit ku hilang seringgit (RM1)

rais, 20 September 2011, No comments
Categories: bisnes, hobi, Umum
Tags: ,

Salam,

Terbaca teka-teki yang rakan-rakan post kan di facebook. Dah lama sebenarnya mendengar teka-teki ni. Cuma sampai sekarang tak tau jawapannya.

Teka-tekinya :

Saya nak beli kasut harga RM 97.00. Jadi saya pinjam dengan ali RM 50.00 dan dengan Abu RM 50.00. Setelah membeli kasut tersebut, juruwang pulangkan saya RM 3.00 (RM 100.00 – RM 97.00). Lepas tu saya pun berikan Ali RM 1.00 dan Abu RM 1.00 baki daripada beli kasut tersebut. Jadi di tangan saya ada RM 1.00.

Masalahnya… Baki hutang saya dengan Ali ialah RM 49.00 dan dengan Abu ialah RM 49.00. Jika dijumlahkan bersamaan dengan RM 98.00. Tapi di tangan saya cuma ada RM 1.00. Kalau dikirakan RM 98.00 (hutang saya Ali dan Abu) + RM 1.00 (baki di tangan saya) = RM 99.00.

Nih yang peliknya. Mana lagi RM 1.00. Sedangkan permulaan saya pinjam duit dengan Abu RM 50.00 dan Ali RM 50.00. Jika dijumlahkan bersamaan dengan RM 100.00. Hhhhmmm…

Fikir-fikirkanlah…

rais.my

D.I.Y Lightbox

rais, 18 September 2011, 1 comment
Categories: hobi, photography, Umum
Tags: , , ,

Salam,

Memulakan projek yang asik tertangguh. D.I.Y lightbox untuk kegunaan orang rumah ambik gambar produk-produk yang bakal diupload.

Antara projek yang murah dengan menggunakan kotak dan kertas A4.

Ini lightboxnya…

Ini pula hasil daripada lightbox….

Anda juga boleh mencubanya…

rais.my

Dukun diiktiraf… Ramai pulak orang minta air dengan aku…

rais, 14 September 2011, 1 comment
Categories: Umum, uthm
Tags: , , , , , ,

Salam,

Hari ini ramai pulak orang yang minta air dengan aku. Terutama orang UTHM. Maklumlah puasa dah habis dan sekarang jamuan raya di sana sini.

Tapi minta air nih bukan sebarang air, macam-macam air yang dia orang minta. Maklumlah dan bertugas sebagai menjaga kaunter air untuk jamuan raya UTHM. Jadi sesiapa yang terlambat tu harap maaf. Air tahun ini laku habis…

rais.my

Ratib Al-Haddad

Anda rasakan laman web ini berguna. Tunjukkan penghargaan anda dengan menyumbangkan RM 2.99.
[ Saya Ingin Menyumbang ]

Hot Tips



Carian

Madah

“Barangsiapa yang berjalan bagi mendapatkan ilmu, nescaya akan dipermudahkan oleh Allah jalan menuju ke syurga. - (H.R Abu Daud dan Ibn Majah, hadis hasan)

Circles 66

Sponsor