Saya mangsa scammer…
Pernah jadi mangsa scammer?
Ni panas lagi cerita ni, petang tadi ada kawan call. Eh, ada orang menyamar guna ko punye gambar minta duit. So aku kata layan dulu dan buat screenshot nanti aku buat laporan polis.
Apa yang kau kena ialah, ada orang menyamar dengan menggunakan nama dan gambar di profil whatsapp dan menghubungi orang lain konon-konon nya terdesak nak guna duit. Mujur kawan aku tu, kami memang biasa whatsapp dan lenggok gaya ayatnya lain. Gambar dan nama memang senang lah nak cari mana-mana ada. Cuma kemusykilan ialah dia boleh menghubungi kenalan kita. Rasanya kalau kenalan tak rapat, dah terpedaya dah tu.
Hati-hatilah dengan kepesatan teknologi. Jangan mudah terpedaya dengan pujukan dan aduan kepada korang walaupun daripada rakan sendiri. Kalau betul tak apa, tapi kalau penyamar?
Jumlah wang yang diminta pun bukan sedikit, yang peliknya, kita offer sedikit terus tak nak. Kalau betul-betul susah, takkan sesombong itu. Begini lah tips kalau korang dapat mesej atau panggilan terutama minta tolong nak pinjam duit.
- Jangan terus percaya, kalau kawan cuba borak-borak dulu tanya khabar.
- Cuba buat verifikasi dengan tanya soalan-soalan bagi pastikan orang yang betul.
- Kalau meragui, buat screenshot bagi bukti dan sebagainya.
- Confirm scammer, maklumkan kepada tuan punya badan sekiranya boleh dihubungi.
- Buat laporan polis sebab polis akan buat siasatan serta majukan kepada SKMM dan pihak-pihak lain aduan tersebut. Lagi satu, kalau banyak aduan maka benda ni akan jadi serius.
- Ada juga yang berani bagitau takde duit dalam bank, kalau nak cash ada, boleh jumpa.
Tindakan korang ni penting supaya scammer ni tak berleluasa dan kurang-kurang nanti dapat mengelakkan daripada kena pada orang lain. So kalau ada pengalaman bolehlah share kat komen….
1 comment