Penggunaan Whatsapp melalui web
Assalam,
Penggunaan Whatsapp sebagai medium berbicara menjadi-jadi sekarang. Bukan setakat perbualan secara santai malah terdapat perkumpulan profesional menggunakan Whatsapp sebagai medium untuk bertukar-tukar pendapat. Ramai juga sekarang menggunakan medium ini dalam urusniaga, pembelajaran dan sebagainya.
Mungkin dah ramai yang tahu bahawa Whatsapp boleh diakses dengan komputer melalui web. Di bawah ini dikongsikan cara-cara menggunakan Whatsapp dikomputer anda. Kelebihannya, boleh menjimatkan data plan anda untuk melihat gambar dan video yang dikongsi oleh rakan.
1. Mestilah ada akaun Whatsapp dan telah kemaskini versi Whatsapp terkini di perkakasan mobil anda.
2. Buka laman web Whatsapp (https://web.whatsapp.com), anda akan mendapat antaramuka seperti berikut:
3. Buka aplikasi Whatsapp di perkakasan mobil anda dan cari menu “Whatsapp Web”.
4. Ok, kita akan dapat melihat satu kawasan segi empat. So kita scan QR code pada laman web tadi.
5. Hasilnya, kita terus log kepada Whatsapp di komputer.
Pantang nya ialah pastikan Whatsapp di phone atau tablet kita terus connected. Ok, nanti kalau dah sudah jangan lupa logout pula.
6.2 Logout melalui Whatsapp mobile.
a. Akses kepada menu Whatsapp Web
b. Klik pada Log out from all computers
c. Klik pada Log out pada confirmation popup
Selamat mencuba.
Post Comment