Penerimaan Professional Technologist (Ts.)

ts-hide-212x300 Penerimaan Professional Technologist (Ts.)

Alhamdulillah telah lepas sesi temuduga dan telah mendapat sijil pengiktirafan sebagai Professional Technologist (Ts.). Terima kasih sokongan dan doa semua. Ok kita cerita sedikit berkaitan MBOT dan sahabat yang berkelayakan boleh juga mohon.

MBOT – Malaysia Board of Technologists. Apa itu MBOT?

MBOT adalah satu Badan yang mengiktiraf mereka yang mempunyai kemahiran teknologi sebagai Professional Technologist (Ts.) dan Certified Technician (Tc.). Sebanyak 23 bidang yang diiktiraf iaitu:

  1. Electrical and Electronic Technology (EE)
  2. Information and Computing Technology (IT)
  3. Chemical Technology (CM)
  4. Telecommunication and Broadcasting Technology (TB)
  5. Biotechnology (BT)
  6. Building and Construction Technology (BC)
  7. Resource Based, Survey and Geomatics Technology (RB)
  8. Manufacturing and Industrial Technology (ME)
  9. Agro-based Technology (AF)
  10. Cyber Security Technology (CS)
  11. Transportation and Logistic Technology (TL)
  12. Material Technology (MT)
  13. Marine Technology (MR)
  14. Maritime Technology (MI)
  15. Atmospheric Science and Environment Technology (AC)
  16. Green Technology (GT)
  17. Oil and Gas Technology (OG)
  18. Automotive Technology (AT)
  19. Aviation and Aerospace Technology (AV)
  20. Food Technology (FT)
  21. Nano Technology (NT)
  22. Nuclear and Radiological Technology (NR)
  23. Art Design and Creative Multimedia (AM)

Kelayakan permohonan:

  • Professional Technologist (Ts.)
    • Pemegang Ijazah Sarjana Muda atau lebih tinggi di dalam bidang teknologi berkaitan yang diiktiraf oleh MBOT
    • Pengalaman minimum 3 tahun dalam bidang teknologi berkaitan yang diiktiraf oleh MBOT
  • Certified Technician (Tc.)
    • Pemegang Sijil SKM Level 3 sehingga Diploma Lanjutan di dalam bidang teknologi berkaitan yang diiktiraf oleh MBOT
    • Pengalaman minimum 3 tahun dalam bidang teknologi berkaitan yang diiktiraf oleh MBOT

Jadi bolehlah mohon ye. Just follow carta permohonan ni. Selamat Berjaya.

FLOW-BARU-CT-1-212x300 Penerimaan Professional Technologist (Ts.)
FLOW-BARU-PT-1-212x300 Penerimaan Professional Technologist (Ts.)

www.mbot.org.my

51 comments

comments user
sahaini ahmad safian

Tahniah Ts.

comments user
IMA

Tahniah TS. Boleh share tips interview?

comments user
IMA

Congrats TS

Boleh share soklan2 interview ts untuk IT? ☺

comments user
rais

Temuduga berkisar pengalaman yang dihantar di dalam CV. Anyway MBOT akan emelkan kit interview.

comments user
Naufal

Salam, baru lepas interview.. selalunya berapa lama agak2 baru tau result..

comments user
rais

InsyaAllah dalam masa sebulan…

comments user
MOHD FADZIL BIN ABDUL HANID

Berapa lama anggaran selepas apply nak dipanggil interview?

comments user
rais

Tidak pasti. Kena selalu semak dan hubungi MBOT.

comments user
Headhunter

Adakah diploma kemahuran malaysia atau diploma lanjutan kemahiran malaysia diiktraf?
Apakah kita perlu berada dlm bidang yg sama atau cukup sekadar berada dlm bidang tersebut?
Contoh. Pensyarah tidak mengamalkan praktis tp hanya mengajar teori selama 5 tahun? Bidang yg diajar pula selalu berubah2, kadang2 mengajar subjek wajib u, kadang2 mengajar subjek khas kursus. Pensyarah tersebut dilantik selepas tamat belajar. Adakah dia layak menjadi ts?

comments user
KuNi

Saya kurang jelas flow step untuk apply Ts. Boleh tuan huraikan langkah yang tuan ambil selepas apply Graduate Technologies?

comments user
rais

Kes ini igak unik. Boleh hubungi MBOT untuk mendapatkan kepastian.

comments user
rais

Tunggu sehingga selesai mendapat Graduate Technologist. Selepas ini pohon Ts. melalui web MBOT. Ikuti langkah-langkah yang akan diemelkan kepada Tuan/Puan.

comments user
Tok Sidang

Boleh tak Ts bantu saya terangkan lebih lanjut mengenai Tc?
Sy ada skm 2 tp skrg sy sedang ambil dkm 4 adakan boleh diambil kira?
Isnin ni PPL akan nilai port folio utk skm 3 saya.
adakah pengalaman 2 tahun 1/2 (tak cukup 3 tahun) sebelum ni diambil kira?
Kalau diambil kira adakah perlu dibuktikan? Sbb sy minta dari syarikat lama utk pengesahan dia org x nak bg alasan tiada rekod 🤦‍♂️
Harap Ts sudi menjawab.. lebih baik ke email sy my.vah667@gmail.com

comments user
rais

Dokumen sokongan memqng diperlukan. Boleh juga hubungi MBOT untuk pertanyaan lanjut.

comments user
man5987

salam tuan..nk tanya.interview dalam BI atau boleh BM?

tq

comments user
rais

Time saya kena dalam Bahasa Melayu.

comments user
def gab c

Salam tuan, panel berapa orang? Ada kena buat paper tak sebelum interview?

comments user
rais

Setakat lepas, saya ditemuduga oleh 2 orang panel dan tiada apa-apa kertas kerja perlu disediakan. Walaubagaimanapun sentiasa ada penambahbaikan terhadap proses temuduga.

comments user
Bakar J

Ada kelayakan umur ke untuk dapatkan Ts ni?

comments user
alias

assalamualaikum
tuan, utk ts kena attend iv dan assesment kan?

comments user
rais

Boleh lihat syarat-syarat di sini. https://www.mbot.org.my/registration/professional-technologists/

comments user
rais

Setakat ini tiada. Walaubagaimanapun sentiasa ada penambahbaikan terhadap proses.

comments user
Md Halil

Boleh share tak.. Soalan-soalan yg ditanya oleh panel

comments user
rais

Berkisar akta teknologist, MBOT dan resume yang kita hantar. Akta dan maklumat berkaitan MBOT boleh rujuk di laman web MBOT.

comments user
alvan

nak tanya, lepas dapat Ts./Tc. boleh je letak P.Tech/C.Tech dan diikuti bidang?masuknya bro sekarang boleh je letak P.Tech Information & Technology ke kena letak P.tech course yang ambil masa dulu?

comments user
mahadi

Salam tuan.. berapa jumlah perlu dibayar sampai dapat TS.?

comments user
Nor Saiful Basri

Assalam Tuan,
Surat pengesahan tu macam mane? Bole share contoh?

comments user
rais

Tiada format tertentu. Cuma pergi ke HR minta surat pengesahan jawatan.

comments user
rais

Ts. dihadapan nama atau P. Tech. di belakang nama. Tanpa bidang.

comments user
rais

Mohon rujuk web mbot, sebab akan ada kemaskini dari semasa ke semasa.

comments user
Tc.minhad bin haron

as salam..
saya ingin bertanya..saya telah mendapat Tc dan sekarang saya ada master executive operation n projek ment dari ump..soalan saya boleh tak saya memohon Ts.

comments user
rais

Maaf saya kurang pasti berkaitan itu. Mohon hubungi MBOT.

comments user
Nor Saiful Basri

Alhamdulillah.. Da certified untuk Graduate Technologies (Bioteknologi).. Sekarang nak apply untuk Ts. Pulak.. Doakan saya berjaya..

comments user
Nazri

Saya IT Profesional dan dengan mengambil TS atau TC ini apakah ‘good opportunity’ atau ‘benefit in future’ yang bakal diperolehi?

comments user
Awis

Doakan saya berjaya dlm assessement esok ptg..Semoga Allah permudahkan urusan tuan puan jgk..klu tgk intrviewee kit,iv selama 15minit saja..hrp xpanjang sgt la..😅

comments user
rais

Amin…

comments user
mzmr

Salam,
Lepas bayar RM600 ada apa2 yg perlu dibuat
atau tunggu je panggilan IV?

comments user
rais

Just tunggu panggilan IV.

comments user
Nabil

Tarikh interview kita boleh pilih atau sudah diberikan & tidak boleh ditukar?

comments user
Wilson

Bole tanya.., untuk diploma dengan pengalaman kerja lebih 10 tahun, boleh tak apply TS.., mohon jawapan tuan2,,

comments user
rais

Boleh bincang dengan MBOT

comments user
rais

Cuba mohon dalam MBOT, nanti memang dia ada panel untuk semakan.

comments user
mzmr

selepas buat bayaran RM350 (Profesional Technologis), Berapa lama dapat Cert Ts. ? Mohon pencerahan.

comments user
rais

Berapa lama bergantung kepada load MBOT, terdapat bidang yang banyak permohonan dan ada yang kurang. MBOT akan menyegerakan proses. Untuk kepastian saya syorkan supaya menghubungi MBOT.

comments user
Mohd Shahrul

As salam. Sy baru nk apply Tc. dan mempunyai DLKM teknologi penyelenggaraan pesawat avionik. Siapa blh bg tips utk interview ye. Nk prepare apa yg patut.

comments user
rais

Biasa bergantung kepada resume yang Tuan hantar dan semestinya yang berkaitan dengan bidang.

comments user
Surach

salam sejahtera,
boleh share contoh penilaian dan inverview.
terima kasih

comments user
rais

Penilaian dan interview berbeza-beza. Semasa saya dahulu, interview banyak berkisar kepada resume yang saya hantar dalam bidang kerja saya dan sedikit seolan berkaitan akta.

comments user
Azrul

Interview boleh dalam bahasa apa ya? Ada syarat x?

comments user
rais

Temuduga dalam Bahasa Melayu. Syarat boleh rujuk sini : https://www.mbot.org.my/registration/professional-technologists/

Post Comment