Nak balik kampung, daftar VSP dulu yee…

Nak balik kampung beraya dan cuti panjang? Risau rumah ditinggalkan? Daftarlah Volunteer Smartphone Patrol.

Volunteer Smartphone Patrol atau lebih dikenali sebagai VSP merupakan satu inisiatif baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis.

Jika dahulu masyarakat boleh melaporkan jenayah melalui talian hotline PDRM dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi melalui VSP, masyarakat kini boleh menyalurkan aduan/maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.

VSP ini juga adalah satu daripada program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan PDRM telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai agensi pelaksana program ini manakala Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pula dilantik sebagai ‘Initiative Owner’.

Muat Turun Aplikasi VSP sekarang melalui pautan dibawah

Apple IOS
https://itunes.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031?mt=8

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2

Sumber: Kementerian Dalam Negeri

3 comments

comments user
sahaini ahmad safian

Terbaik informasi ini. Terima kasih

comments user
PUSHA RANI A/P V.BABUNAIDOO

VSP pdrm tak boleh di buka untuk register maklumat balik kampung, sudah cuba berkali-kali tetapi masih tak berfungsi.

Saya telah mencuba untuk membuka portal VSP pdrm sejak tarikh 10hb April, 2021 tetapi portal VSP tak boleh di buka sehingga sekarang, tarikh 15/05/2021.

comments user
rais

Maaf Tuan, kena tanya pihak yang berkaitan.

Post Comment