Menggunakan Zoom Window di dalam Mac OS X

zoom-window-150x150 Menggunakan Zoom Window di dalam Mac OS X

Anda boleh menggunakan kemudahan zoom window yang tersedia di dalam Mac OS X anda.

Namun kemudahan ini secara lalainya tidak diaktifkan. Untuk mengaktifkan kemudahan ini, ikut langkah berikut;

Pada “System Preferences” daripada  Apple menu, klik “Universal Access”. Kemudian klik pada tab “Seeing” dan pada “Zoom”, klik ON. Kemudian klik checkbox “Zoom in window”.

zoom-in-window-150x110 Menggunakan Zoom Window di dalam Mac OS X

Kekunci pantas lalai zoom ialah Control+Scrolling. Sekarang anda akan dapat kemudahan seperti kanta pembesar. Ini memudahkan anda zoom kepada skrin anda terutama ketika anda dihadapan mengajar.

Selamat mencuba.

rais.my

Post Comment