Kursus PHP dan MySQL – UTHM
Salam,
Kelmarin dan semalam, Pejabat Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia memberi kepercayaan kepada aku untuk mengajar kelas PHP dan MySQL kepada staf UTHM. Kelas ini berlangsung selama 2 hari iaitu 25 Februari 2010 dan 26 Februari 2010. Kalau ikutkan memang tidak mencukupi tapi Alhamdulillah sempat di habiskan.
Sememangnya UTHM memberikan sedikit ganjaran kepada tenaga pengajar. Namum Aku sering mengingatkan diri ini supaya memberikan ilmu secara ikhlas. Bukannya tidak mengharapkan bayaran tetapi sekurang-kurangnya bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu. Hadis berikut sentiasa mengingatkan aku…..
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
Rais.my
5 comments