“Incorrect datetime value:” error dalam mysql
Sekiranya error “Incorrect datetime value: ” diperolehi semasa proses masukkan data “insert into“, error ini adalah kerana restricted mode ke atas database yang tidak membenarkan nilai NULL dimasukkan. Bagi mengatasi permasalahan ini, cuba ikuti langkah-langkah di bawah.
1. Taip SELECT @@SESSION.sql_mode; atau SELECT @@global.sql_mode; pada mysql browser.
Arahan ini bagi mendapatkan konfigurasi pangkalan data mysql.
2. Sekiranya keputusan yang diperolehi ialah “STRICT_TRANS_TABLES,NO_AUTO_CREATE_USER ….” maka perkara ini yang menyebabkan terjadinya error tersebut.
3. Taip pada mysql browser “set global sql_mode=”;”
Arahan ini akan menukarkan nilai sql_mode kepada NULL
4. Buka fail my.ini (..MySQL/MySQL Server X.x/my.ini).
5. Cari (sql-mode=”STRICT_TRANS_TABLES, NO_AUTO_CREATE_USER, NO_ENGINE_SUBSTITUTION”) dan tambah # pada awal baris bagi menjadikan baris ini tidak aktif.
6. Tambah baris baru dengan “sql_mode=”“.
7. Restart MySQL.
Sepatutnya tiada error seperti sebelum ini.
Selamat mencuba.
2 comments