Hilangkan selsema bayi

Sememangnya bayi yang kena selsema manyeksakan. Bukan sahaja bayi tetapi ibu bapa yang menjaganya terutama selsema menjadi semakin teruk pada waktu malam.

Terdapat satu petua yang boleh dicuba pakai. Petua daripada emak saya ini telah saya amalkan dan alhamdulillah selsema anak saya kering dan bayi tidak meragam.

Petuanya ialah :
1. Ambil 2 ulas bawang merah.
2. Sepotong lengkuas (agak-agak sama banyak dengan bawang merah).
3. Minyak masak.

bawang-merah-150x150 Hilangkan selsema bayi lengkuas-150x150 Hilangkan selsema bayi

Tumbuk lumat bawang merah dan lengkuas kemudian campurkan dengan minyak masak. Selepas itu bolehlah di letakkan di ubun-ubun anak. Minyak masak mengelakkan kulit anak mengelupas sekiranya air daripada campuran tersebut terkena kulit bayi.

Amalkan hingga sembuh.

Selamat Mencuba.

rais.my

5 comments

comments user
saha-ini ahmad

😛 best petua nih.

comments user
lia

thanks petua ni…bleh cuba…

comments user
miza

bagus juga petua ni…nak cuba lah sbb anak sy selalu kena selsema..terima kasih.

comments user
citarasa anakku

tak pernah lak dgr petua ni..slalu kalo anak selsema pakai kunyit jer..bagus gak..leh try..

Post Comment