Glosari loghat Noghoghi Sembilan
Ese melusuri internet…. Terjumpa glosari loghat noghoghi…. Jadi post kek sini untuk rujukan sendighi dan kawan-kawan…..
Angka- Suhu badan seperti hendak demam
Aka-aka β Dipermain-mainkan.
Baeh- Baling
Bajau- Tidak tinggal setempatBaju prat- Baju T
Banga β Bau busuk yang mengisi ruang.
Baning β Degil yang teramat sangat
Bayang β Tak stabil, nak tumbang .
Bega β Degil yang amat sangat
Bengot β Herot, senget
Bentong β Kecik tak mau besar-besar.
Biaweh- Jambu batu
Biak- Lecah, lopak air
Bincau- Kecoh sambil marah
Bincut- Benjol kecil
Bidik β Baling, lempar, locut.
Binga- Pekak
Binjek β Jamah atau cubit sikit makanan untuk merasa. Sobinjek β secubit.
Bintat- Bekas gigitan serangga
Bobek β Balut
Bobenta : Berpusing-pusing. Contoh: berbenta den dek mencari kunci keto tah mano tersusup ea
Bobok- Menekan atau memasukkan dalam air (orang)
Bocompogho- Mandi dengan suka ria
Bocoghabih β Banyak cakap
Bocoghidau β Membising, becok.
Bocokak β Bekelahi
Boda- Pukul
Bodahagi β Susah, leceh, payah
Bodamar β Perit (akibat kena tampar)
Bodocit β Berbunyi. Tak bodocit β tak berbunyi.
Bodaso β Berbaloi
Bodobau- Bunyi jatuh dalam air
Bodobin β Bunyi sesuatu agak besar (seperti buah nangka) jatuh ke tanah.
Bodoghau β Berdebar kerana terkejut
Bodosup β Laju
Boduk β Pukul
Boepak-epak -Berlambak-lambak
Bogaghit β Bergerak; berusaha. Contoh: pueh sey ngojut an, pait kok bogarit dehβ¦
Boghengge β Bertenggek, melepak
Boghipuk β Bertimbun (kain baju yang berlonggok)
Boghoghok β Bergaduh, bertengkar
Boghombik/bojombik β Banyak (bernyawa). Contoh: Ikan tilapia yang dibolo eh beghombik kek kolam simen tu.
Boghojin β Naik angin, marah.
Bogholek- Kenduri kahwin
Boghonjeng/boghonjit β Menari-menari bergurau senda dalam kumpulan dengan riang.
Bogho β Warna dan mimik muka berubah kerana termalu, merah padam.
Bogik β Degil
Bogomunto -Bunyi bising ( budak-budak berlari dalam rumah berlantai papan)
Bojangek β Lama menunggu
Bojoghumun -Kain baju yang berslunggun-lunggun.
Bojooh- Buat kerja ramai-ramai dengan suka ria
Bojoman- Menunggu untuk tempoh yang lama
Bojonggeng/bolonggeng β Berjemur
Bokiak β Bergerak hendak pergi ke mana-mana. Contoh: potang tadi dek ngadap an budak2 kek dlm ruma nia..lom dapek nk berkiak ke mano
Bokighah β Bergerak
Boko β Bekas untuk letak dodol atau wajik untuk dibawa βmenyembahβ (bagi orang baru kahwin).
Bokonak β Berkumpul anak beranak, saudara mara untuk membincangkan persiapan kenduri kahwin.
Botating β Mengidang makanan.
Bokocapuih β Bergerak dengan terburu-buru
Bokolelong- Sakit yang amat sangat
Bokotunjang β Menahan sakit yang amat sangat
Bokuak- Mengarahkan orang supaya ke tepi
Bokolintau β Bepusing-pusing ditempat yang sama
Bokoludat β Keruh, air berkarat
Bokoputak β Bau (busuk) yang terperangkap
Bolengkar- Tidur merata-rata
Bokotenteng β Terlompat atau terloncat-loncat.
Bokotinjah β Memijak-mijak sesuatu dengan sesuka hati
Bokotupeh β Bersegera membuat sesuatu
Bokotuntang β Cemas, panik, kelam kabut
Bokotutuih β Becok.
Bokundo-kundo- Bergerak beramai-ramai ke satu destinasi.
Boleng- Tidak memakai baju; bogel
Bolimpap β Kain baju yang berlonggok dan belum berlipat.
Bolo- Membersihkan haiwan selepas disembelih
Bololah- Berkejar
Bolong β Bocor yang besar
Bolongging β Tak pakai baju
Bonak β Bodoh, jahil
Bonda- Parit, tali air
Bondong β Angkut, punggah.
Bongak β Tipu. Pemongak β penipu.
bongka- Bangun, bangkit
Bontuih β Kenyang dek minum
Bonyo β Biskut yang direndam terlampau lama
Bopinau β Pening
Bosoka β Gula yang berlebih pada kueh wajik
Bosoko β Merayau tanpa tujuan.
Bosolehet β Comot, kotor
Bosolopeng β Kerak hingus yang melekat di pipi
Bosolopet- Najis yang tak habis dicuci yang terlekat pada punggung
Bosolepot β Duduk atas lantai
Bosolighit β Menunjukkan keadaan banyak seperti buah atau pakaian.
Bosolumak β Comot pada mulut
Bosomemai β Bersepah
Bosomumeh β Mulut yang bersepah nasi
Bosonghayang β Bergelandangan
Botenggong β Duduk atas sesuatu seperti pangkin atau batang kayu yang rebah dsb
Botighai β Kain yang koyak rabak
Bototam β Bergasak, berhimpit-himpit atau berkerumun melihat sesuatu (excited, curios)
Bughan β Buang air besar, bantai, belasah.
Bukat β Air yang berkeladak.
Bumin β Gelap pekat
Bungkeh- Tercabut
Bungko- Bodoh
Buntang β Mata orang/binatang yang terbuka luas setelah mati.
Cangap- Cabang pada hujung galah
Capar- Selipar
Capuk β Bertompok-tompok, tak rata
Cegak/cigak β Segar
Cekadak- Ragam
Celait- Lampu suluh, lampu picit
Cemat- Rotan, sebat
Cembeng- Muka seperti nak menangis
Ceme- Bintil pada mata; sebelah mata jadi kecil
Ceneke- Menipu
Cibir- Menjelir lidah
Cikun -Curi
Cilut β Curi (benda-benda kecil)
Cobau β Tetak.
Cogheng- Comot
Coghuh- Lumat
Cokau- Tangkap
Colang/Cogholang β mata yang terbuka dan bersinar. Contoh: Balik surau malam tadi sey ternampak mencogholang mato apo ontah ateh pokok dian tu.
Colungap β Makan dengan gelojoh
Compogho β Mandi manda. Bercompogho β bermandi manda.
Congkuit- Pengikut
Congkut β Hangus, berkerepot
Copot β Sejemput (ambik dengan tangan dengan kadar yang sedikit)
Cuci β Rosak, punah
Cucut- Sedut
Cuek- Pacak, tegak.
Cupil β Tepi sangat, nyaris nak jatuh
Dengket/k- Cetek
Dengkot- Terhincut-hincut
Diang β Memanaskan badan dekat dengan api.
Dobuih β Tak mengenai sasaran
Domut β Lemah, lembab
Dudut β Minum terus tanpa cawan
Eden, ese, sey, den,se β Saya
Eleh- Manja
Engkoh β Mengurus, peduli
Ensot β Bergerak perlahan
Entaher- Mengiyakan sesuatu
Epong β Gigit
Gaduh- Risau
Gaha- Sental dengan kuat atau dengan benda keras. Contoh. Mulut tu jago sikit .. den gaha kek jalan tu kang !
Ghahai- Rosak
Ghayat/rayat β Orang asli. Perhatian: Istilah ini tidak disukai oleh masyarakat orang asli. Ia dimasukan ke dalam kamus sekadar untuk pengetahuan dan makluman sahaja.
Ghewai- Hayun
Ghembat- Bergaduh, baling sesuatu ke dinding
Ghemah β Nasi yang bersepah selepas makan
Ghembeh β Sejenis cangkul, tajak
Ghepeng β Penyek
Ghobeh- Hujan renyai-renyai
Ghoman- Raut wajah
Gombeh- Mengada-ngada yang keterlaluan
Ghoboih β Seluar atau baju yang jauh lebih besar dari badan.
Ghopeh β Makan
Ghosan β Hampir basi. Contoh: Lauk semalam tu dah ghosan, jangak dimakan lak, kang kok sakit porut.
Ghenceh β Makhluk yang kononnya memotong kepala (untuk menakutkan kanak-kanak)
Ghinso β Badan rasa tidak selesa kerana panas atau lambat mandi.
Ghontian -Tidak ingin, tidak suka, tidak hairan, jangan harap.
Ghopong β Alat menghembus (kayu) api di dapur, alat untuk mengambil air yang dibuat dari tempurung kelapa.
Ghopui β Rapuh
Ginco β Gaul
Godang- Besar
Godek- Kacau air
Gogot β Terus minum dari bekas
Goleme β Lemak pada daging lembu atau kerbau
Golo β Teruk, susah.
Golo deβeh β Susahlah macam ni.
Gombeh- Mengada-ngada yang keterlaluan
Gombung- Sakit perut kerana masuk angin, kembung
Gomeng β gomol, menggoncang atau menggoyang kepala
Gunjai β Tinggi lampai
Hapah β Apa pun tak ada
Hapik/apik β Peduli, ambil kesah
Hati kaudu β Sangat busuk hati. Contoh: buek laa poghangai ati kudu tu sangek, nnt tak sonang idup.
Hobin- Bantai, hentam, pukul, lanyak
Hojan β Teran
Hongeh β Mengah, penat, kenyang.
Humbeh β Gasak, bantai
Imbeh β Urus, layan
Jalang β Cair, tak pekat
Jamba β Dulang. Sejamba β Sedulang
Jingang- Hairan, terpinga-pinga
Jobo- Berlagak, perasan; malu yang amat sangat
Joghan- Serik
Jogheh- Letih, penat
Jokin- Teramat yakin
Jongkeh- Ketawa bagai nak rak; terkena kejutan elektrik, keras, kaku.
Judu β Pasangan, jodoh
Jujut β Tarik, elak
Junu-janah β Mereka-reka cerita.
Kainsal- Tuala
Kame- Bancuh, uli
Karang β Sekejap lagi, lepas ini, nanti
Kawan- Suami atau isteri
Kayu berakar β Membuat persiapan untuk kenduri kahwin
Kemot β Kemek.
Kenen / mengenen β Mengurat anak dara
Kepeh β Basah kuyup
Kepet β Tidak gebu; kempis
Keset β Biji yang kecil
Kilit- Kelecek bola
Kitai β Libas, kibas
Kobok- Ambil sesuatu di tempat yang dalam tanpa melihat
Kocoloan- Terserempak, kantoi, termalu
Koghobong β Ambil makanan dengan tangan tanpa guna sudu atau senduk.
Koghomau/koghomuih β Ramas, cakar kerana marah
Koghajat β Juadah.
Koghumuih β Menghurung
Koghuntong/kuntung β Bekas mengisi ikan yang diikat di pinggang.
Kokkodek/kokkoghek β Baki biasanya makanan yang tinggal sedikit.
Kolapo β Mencambahkan biji benih
Kolayak- Diterbangkan angin
Kolemot β Tak licin ,tak rata.
Koliha β Kelapangan
Kolikanak β Pintu dari ruang tongah rumah nak menuju ke dapur
Kolokai β Selesaikan yang kusut, diuraikan.
Kololongan- Kesakitan. Misalnya akibat memakan makanan panas, mulut ternganga sambil meniup biar sejuk atau kesakitan kena sengat binatang berbisa.
Kolompong β Kosong, tak berisi (hollow)
Kolongkiak β Serangga yang menggigit dari keluarga anai-anai.
Kolopo β Dilesang atau diserang ayam
Koluhum β Pukul rata; umum
Kolenset β Lipat ke atas; pukul
Kolokati β Kacip pinang.
Kolosar β Buat kerja tidak cermat.
Koluhum β Pukul rata, umum
Koluneh β Kecil
Kolutong/koghutung β Kerumun
Koman β Ketinggalan zaman, tak ada standard, perkara biasa
Komap/gomap β Tergamam dan terdiam.
Komat -Tarikan, kena guna-guna (English: charm)
Komeh- Menghabiskan nasi atau lauk
Kontong/Gontong β Jari pendek, tiada jari
Koporit β Jahat, nakal.
Kopam- Hitam, kotor
Kopiting β Sangat kedekut.
Kopuh β Warna lumpur di badan
Koghopai- Beg
Koting- Betis
Kosan β Rupa, kisah. Contoh: Kosan eh ekau yang mencuri buah dian den yo β rupanya engkau yang mencuri buah durian saya.
Kose β Kunyah.
Kosompokan β Terjumpa secara tidak sengaja
Kotomeneh -Ragam.
Kotulahan- Badi
Koyok β Berlagak
Kua β Kacau nasi supaya masak sekata; menggemburkan
Kucung -Balutan. Contoh: kucung buah nangko mo kain, kalau tak nanti habih di lutap ea dek musang.
Kudap β Makan
Kuei β Pondok tempat simpan padi
Kumam β Mengulum makanan
Kutak-Katik β Buat ikut suka
Kuti- Cubit
Kuyo β Sejenis hama berwarna putih yg melekat pada buah-buahan seperti rambutan dan juga tebu
Landung -Sepak
Laghah- Buruk
Langgai β Tempat membakar lemang.
Lanteh β Tembus
Lantung β Sangat busuk
Lapun β Pukul, belasah
Lecok- Coret
Lelan- Leka
Lele- Cuai. Tolele β Terbiar tanpa diawasi.
Leweh- Lemah
Lilih β Hiris dengan pisau atau benda tajam
Lobong β Berlubang
Locit β Hembus hingus.
Locot β Melecur
Locun- Basah kuyup
Locut- Baling
Lodoh β Hancur, lumat
Logar- Menghantukkan sesuatu dengan kuat
Logat- Menangis sampai tak keluar suara,walau pun mulut ternganga terutamanya budak-budak.
Logeh- Hantuk
Loghoi β Reput, hancur, punah
Loleh β Hiris (potong sesuatu dengan pisau)
Lohong β Berlubang yang agak besar
Lompa β Beranda rumah
Lompung β Tampar
Lonco β Batal atau putus pertunangan.
Longot -Amat hitam, kotor
Lonjan β Lemah lutut/kaki. Contoh: Jauh boto rumah pakngah kau tu, lonjan lutut omak nak sampai ko sanun.
Longkeh β Tertanggal, tidak melekat. Misal. Biji rambutan yang tidak melekat pada isinya.
Longit -Kalah main
Lonjap β Basah. Contoh: Baju tu lonjap laei, jangan dipakai kang kok bokughap.
Lontuih β Panggilan untuk budak degil
Lontung β Langgar, redah.
Losang- Sengat
Lotong- Kotor
Lueh- Muntah
Lukuih- Basah dek peluh
Lukuk β Ketuk kepala dengan jari
Luluk β Selut, lumpur
Luncuih β Tirus
Lunggah- Langgar (bulldoze)
Lutap- Makan
Luyu/kuyu β Mengantuk
Mada- Sial, bodoh
Mantai β Acara menyembelih lembu atau kerbau untuk menyambut bulan puasa dan hari raya.
Meong β Kuat merajuk, otak tak berapa betul.
Moncangok/Tercangok β Duduk tanpa tujuan.
Mogang β Satu hari sebelum puasa.
Moghahang β Melalak
Moghahau β Bercakap kuat-kuat
Moghasai β Merana, sengsara.
Moghelo β Panjang. Moghelo-ghelo -Sangat panjang.
Moghewai β Berjalan yang tak lurus
Monghungap β Keadaan nafas yang keletihan
Moghambu β Merayau tanpa tujuan khusus
Moghanduk β Mengharung (air)
Moghaban β Merayau-rayau tanpa tujuan
Mogheban β Menjela-jela. Contoh: Kain kau tu mengheban-gheban bona, tepijak kang kok tosungkam ko tanah.
Monghungap β Mengah, Mencungap. Contoh: Abah Zino monghungap kono kojar dek anjing gilo pagi tadi.
Moghogheh -Benda-benda seperti daun atau rambut yang berguguran atau luruh.
Moghomut β Banyak
Moghonggoh β Pergi kesatu tempat beramai-ramai
Moghoning β Bengkak (kemerah-merahan)
Moghonyok β Merajuk, tunjuk muka tak puas hati sebab terpaksa buat kerja atau tak dapat sesuatu
Moghosit β Mengunyah makanan ringan.
Moghotul β Tukul besi
Moghumbo-ghumbo β Keadaan api marak dan menjulang-julang. Contoh: kalau muek lomang jangan menghumbo-moghumbo api eaβ¦hanguih ado masak ea tidak.
Moghuboi β Rambut panjang yang tidak terurus.
Moghun β Bakar sampah
Mogun- Termenung
Moladung β Air yang ditadah atau tertadah sudah banyak terkumpul.
Molahu- Merayau, berpeleseran
Molampa β Bertaburan.
Molampuh-Banyak (tak bernyawa). Contoh: Henfon sekenhen melampuh kek kodai Ateng tu
Molehet β Hinggus yang mengalir di pipi
Molondut β Melayut, kendur
Molongoh β Menangis berpanjangan
Molangok- Melepak
Molansit β Tidur
Mombuto β Tidur
Molancur β cirit-birit
Molaghah β Keadaah buah-buahan yang gugur tidak berkutip.
Molayau/moleyak β Keadaan air melempah ke atas lantai
Molesa β Kain yang labuh hingga cecah lantai/tanah
Molese β Suka duduk dekat-dekat atau rapat-rapat dengan orang
Molingkup β Pergi menghilang diri, pergi jalan-jalan, berambus.
Moluha/molaha β Kepedasan
Molukah β Orang perempuan duduk menampakkan bahagian sulit.
Molunggun β Bertimbun.
Mombeko/memeko β Memunya, menguasai
Mombese -Kencing
Momobok -Air/cecair yang menggelegak disebabkan panas atau sebab lain.
Momboko -Padan muka.
Mombughan- Buang air besar
Mombumbung β Pergi entah ke mana.
Mombungkam β Tidur
Momepe β Bunyi suara yang sumbang dan menyakitan telinga.
Momokak β Membuat bising
Momoghut β Membuang angin atau air besar.
Mompulun- Jatuh
Monabe β Berciciran, tumpah.
Monabir β Darah yang banyak akibat luka
Moncamek- Benci sangat
Moncangut β Susah nak bernafas
Moncibe β Menjelirkan lidah supaya orang sakit hati
Moncieh-cieh- Titisan peluh yang mengalir
Moncipan β Lari dengan deras
Moncoghabih- Cakap tanpa henti, merepek
Moncoghidau β Becok.
Moncolinap β Belari dengan laju
Moncokik- Makan banyak
Moncolongo- Harum
Moncucut- Menyedut
Monculin β Lari yang teramat laju
Moncanak β Lari dengan laju tanpa menoleh kiri kanan
Mondahagi/Bedahagi β Susah untuk diajak membuat sesuatu
Mondaghek β Cerita yang tak berapa lojik, temberang.
Monebeng- Duduk di tepi tembok
Moneneng- Sakit, berdenyut
Mongese/monginding- Mengasak
Mongicak- Meminta-minta
Mongirap β Naik darah
Monghoghik-hoghik- Menyanyi atau bercakap dengan kuat sampai nampak urat leher.
Monghungap β Mengah kerana keletihan
Mongokeh β Kais (perbuatan ayam mencari makanan)
Mongokot β keadaan orang yang kesejukan.
Mongolintau- Mencari sesuatu dengan perasaan cemas
Mongolintin β Menggeletek
Mongolesah/mongolusuh- Gelisah, duduk tak diam
Mongoloce β Melecet pada kaki kerana pakai kasut baru; terkena minyak panas.
Mongonggang/menghonggang β Bernafas dengan laju kerana letih atau kepedasan
Mongoca- Menangkap ikan
Mongolinjang β Terlompat-lompat kerana teruja atau kegembiraan.
Mongolujut β Menggigil disebabkan keletihan.
Mongonye- Mengunyah sesuatu
Mongumba- Patah balik
Monjala β Baring
Monodah β Berjalan ke rumah orang tapi tak kesah nak balik. Contoh: Apo kono e Ujang tu kek umh Milah yo menodah e?
Monogoh β Jalan pergi, datang dengan segera
Mononoi- Bernanah dan amat sakit, merintih kesakitan
Mononong- Berjalan pantas tanpa toleh kiri kanan
Monopung β Hancur, pecah. Contoh: Pogang pinggan tu duo bolah tangan, jatuh kang kok monopung
Montodaghah- Makan yang tiada batasannya
Montegheh- Perut yang kekenyangan
Monteneng- Budak kekenyangan
Montesok- Lusa
Montibang/montobong β Tak tau pergi mana. Contoh: bojoman kau tak balik2..kek mano kau montibang .. sampai tak ingat ghumah tanggo.
Monueng β Mengekor ke mana orang pergi
Monugheh- Tahu
Monyisik β Menyelongar. Sama makna dengan βmonyolemeβ
Monyolangsang β Bertandang. Contoh: βapolah ghoma na poi monyolangsang umah oghang β
Monyoleme- Menyelongkar.
Monyongit β Bau yang kuat dan tidak menyenangkan seperti dari badan seseorang atau pun dari masakan.
Monyopak- Makan berbunyi
Monyonggau β Rasa kepanasan atau kepedasan; warna merah yang terang.
Monyongit β Bau keras dari sesuatu yang mencucuk hidung, panas terik.
Monyungkam β Jatuh tersadung dengan muka ke bawah
Mondobut/monobut β Sangat laju
Monjeje/monjelejeh β Panjang, melele, menitik
Morengkeh/k β Keadaan orang yang membawa bebanan berat
Morengkoh/moghengkeh β Keadaan berat bawa beban
Nangoi β Anak babi
Ngisai/kisai β Buat sepah, selongkar
Ngongilanan/ngongilan β Buat perangai gila-gila bahasa.
Nompan β Sepadan, sesuai; berpakaian sesuai dan cantik, bergaya; rupa
Nonggok β Duduk.
Nunuk-Nanak β Terkejar kesana-sini dengan pantas mencari sesuatu
Nyaghi β Makan sahur.
Nyinggah β Kena, dapat. Contoh: Kau pasang lukah semalam, ado nyinggah ea tak ?
Ocup/acup β Tenggelam
Oghuk β Bising
Okap- Tamak
Oma- Buah yang hendak busuk
Ongap- Nafas
Ongeh β Mengah
Ongkoh β Iras. Contoh: Anak eh tu ado βongkoh2β atuk eh maghin.
Ontok- Diam
Pait- Tak mahu
Panggilan β Jemputan kawin
Panta β Dulang untuk meletak makanan
Pauk β Potong sesuatu pakai parang
Pegheh β Teruk, susah
Pencong β Tak lurus, bengkok
Pengka- Keadaan kaki orang yang tidak lurus bila berjalan atau berdir; kekok
Peta β Memfokuskan mata sebelum membaling sesuatu
Peteng- Tengok, perhati, tuju sebelum menembak dsb (English β aim).
Pewai β Tua ganyut, longlai, penat, letih.
Pighek- Tenyeh, lunyah
Pipir/l β Meleraikan buah dari tangkainya.
Piuh- Pintal; cubit
Pocek- Komen
Podulik ajab- Tidak mengambil endah lagi
Poghak- Kebun kecil untuk tanaman sayur-sayuran
Poghat- Bau yang amat kuat
Pojur β Hujan tak berhenti-henti.
Polak- Panas; jemu, bosan
Poloso- Pemalas
Poluto β Kuat pembohong
Pomola β Lucu, kelakar, lawak
Pemongak β Pembohong.
Poncolek angek- Punca
Pongolan- Galah
Ponggit- Mengada-ngada
Ponggur- Bakar hingga rentung
Pongopan β Sedia. Bolum pongopan β belum sedia
Posuk- Berlubang
Pudek/podok β Sumbat. (Seperti menyumbatkan pakaian kedalam beg atau almari yang sudah pun padat)
Puga β Tenyeh
Pugeh- Main hentam
Pundung β Pondok, dangau
Puntang-panting β Lari lintang pukang
Sanggo β Sambut (dengan tangan)
Sede β Diabai-abaikan, tak ambil berat, ambil mudah, sambil lewa
Sewat β Sambar; rentap
Sempong/Rempong β Robek
Siah β Elak
Siapaleh / chapaleh β Minta dijauhkan dari bahaya, minta selisih Malaikat 44
Sibak β Selak (kain, langsir dsb)
Simbo β Simbah dengan air.
Sitap β Sepet
Sobulek β Dikumpulkan menjadi satu dalam satu tempat
Sodo β Semua. Kosodoalah- Kesemua.
Sojak- Segak, bergaya
Sokolap β Tidur sekejap
Soβeh β Kenyang sebab makan
Solala β Sama, sefesyen
Solanjar- Terus-menerus tanpa tersekat atau terhenti.
Somumeh β Comot di mulut.
Sonala β Pada kebiasaannya, selalunya.
Sonegheh β Senonoh, tepat betul.
Songayut β Bergayut
Songkalan β Batu giling (lada dsb)
Songkelet β Sekeh, ketuk biasanya dikepala
Sontot β Pendek
Sopalit β Sikit sangat
Sopah β Makan
Songge β Sengih. Tersongge-songge β Tersengih-sengih
Songkeh/k β Sangat kenyang
Sontak β Hingga, sampai.
Sosah β Pukul
Sotai- Kertas yang hampir hancur dirobek-robek
Sugi- Sental
Suki β Cukup (makan) ikut sukatan/keperluan.
Stemet β Anggaran. (English β estimate)
Sugon β Menenyeh, menyental atau megosokkan sesuatu ke atas permukaan (lantai atau kain)
Sumpih/k β Sumbing, rongak (diguna untuk mata parang, pisau dsb)
Sunu β Perbuatan dengan mengarahkan kepala/muka kepada suatu tempat.
Taek β Sedap sangat
Tak kotawanan β Tak pasti, ragu-ragu (apa yang nak dibuat).
Talo β Belasah, rotan
Tandeh β Kehabisan
Tak solaku β Tak senonoh, tak beradab
Tanjul β Ikat
Tebok/tenok β Ditanduk (oleh kerbau, lembu atau kambing)
Tenang β Menumpukan perhatian sebelum menembak atau memanah sesuatu.
Tiek β Seliuh. Orang tuo-tuo kato, kalau ghoma melawan cakap omak, βtak patah, tiekβ
Timpan β Lepat (sejenis kueh)
Tingkeh β Sudah habih.. Contoh: βUsahlah kau cari laie buah dian tuβ¦.dah tingkeh dahβ.
Tobeβeng β Sengkak, terlalu kenyang
Tobek β kolam, danau, paya.
Toboba β Gempar, terkejut.
Toboghongau β Kudis, luka yang terbuka luas.
Toboh β Tempat, kawasan
Toboleghan β Hairan
Tobolengot β Merajuk, sensitif.
Toboleseh β Cepat atau mudah merajuk
Toboβo -Perasaan tersangat malu
Tocangok/tocongok β Berdiri tiba-tiba tanpa berkata-kata.
Toghoghau -Terkejut besar
Tojolepot/h β Terduduk
Tokoliak/tokoliek β Salah urat kerana tergelincir atau terjatuh.
Tokoneneng β Berpinar-pinar, badan tak stabil.
Togamang β Terperanjat, terkejut.
Tojolubuih β Terperosok, terbolos (jatuh dalam lubang)
Tojoluek -Nak muntah
Tojungkang β Terlentang, terbaring
Tokih β Hampir/nyaris. Contoh: Boreh kek rumah kito dah tokih, poie boli copek.
Tokinyam β Hendak lagi
Tokolayak β Tergelincir.
Tokolebak β Terkoyak, tersiat.
Tokomama β Terkesima, kehairanan
Tokhighap β Tumpah
Tokoluceh β Terlucut, terlepas
Tokung -Potong, kerat. Sotokung ikan β sepotong potong
Toledan-ledan β Melengah-lengahkan kerja
Tolengkang β Terbiar
Tolopo -Terleka sekejap; terbuka. Contoh1 : Pantang tolopo, habih buah rambutan kek topi pagar itu di ambik orang. Contoh 2: asal tolopo jo pintu, masuk la ayam.
Tomoleng β Berpaling. Contoh: .pantang temoleng, langsung losap yo budak ni.
Tona β Riuh, gegak gempita. Contoh: pekso ank eh dapek no 1, tona sokampung..
Tongging β Malu-alah
Tonggong β Besar, tegap.
Tongka β Degil
Tongkuluk β Kain tudung rambut orang perempuan.
Topico β Terbiar. Contoh. Pantang terpico abih dibaham eh ikan tu dek kucing.
Topodok β Terbenam dalam
Topoleβot β Terseliuh, terkehel
Tosunam- Tersungkur muka ke bawah.
Totungek β Terbalik kaki ke atas kepala ke bawah
Tughik β Pekak.
Tumuih -Bonam, tekan. Contoh: βtumuih muko tu ko mejo kangβ.
Tungka β Pokok tumbang
Tungkun- Kayu untuk hidupkan api
Tuntung β Memasukan air ke dalam bekas
Tutoh β Kerat, cantas
Uncah β Ganggu, kacau
Unggih β Gigit
Uceh β Melepas, tak dapat
Ujo β Cari momentum; acah.Contoh. Kau kono ujo dulu .. bukit tu tinggi tak lopeh naik nanti.
Ulit β Lembab, perlahan
Ulu-ala β Resah gelisah
Umpok β Hak, kepunyaan.
10 comments