Duit ku hilang seringgit (RM1)
Salam,
Terbaca teka-teki yang rakan-rakan post kan di facebook. Dah lama sebenarnya mendengar teka-teki ni. Cuma sampai sekarang tak tau jawapannya.
Teka-tekinya :
Saya nak beli kasut harga RM 97.00. Jadi saya pinjam dengan ali RM 50.00 dan dengan Abu RM 50.00. Setelah membeli kasut tersebut, juruwang pulangkan saya RM 3.00 (RM 100.00 – RM 97.00). Lepas tu saya pun berikan Ali RM 1.00 dan Abu RM 1.00 baki daripada beli kasut tersebut. Jadi di tangan saya ada RM 1.00.
Masalahnya… Baki hutang saya dengan Ali ialah RM 49.00 dan dengan Abu ialah RM 49.00. Jika dijumlahkan bersamaan dengan RM 98.00. Tapi di tangan saya cuma ada RM 1.00. Kalau dikirakan RM 98.00 (hutang saya Ali dan Abu) + RM 1.00 (baki di tangan saya) = RM 99.00.
Nih yang peliknya. Mana lagi RM 1.00. Sedangkan permulaan saya pinjam duit dengan Abu RM 50.00 dan Ali RM 50.00. Jika dijumlahkan bersamaan dengan RM 100.00. Hhhhmmm…
Fikir-fikirkanlah…
1 comment