Buku PHP dan MySQL Bahasa Melayu
Salam,
PHP merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan laman web yang semakin popular. Namun memang sukar kita mendapatkan rujukan berbahasa melayu. Inisiatif menulis buku PHP berbahasa melayu memang mendapat sambutan ramai. Namun tujuan utama aku menulis buku ialah ingin berkongsi ilmu bersama.
Buku pertama aku ialah PHP & MySQL, Asas dan pertengahan yang merupakan terbitan Pejabat Penerbit, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Buku ini amat sesuai kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan PHP dan MySQL dan juga kepada pengajar-pengajar kerana buku ini ditulis dengan mengambil pendekatan praktikal. Contoh kod aturcara disertakan sekali dengan screenshot output bagi memudahkan pemahaman pembaca.
Buku Pertama :
Dapatkan : Di Sini
Buku Terbaharu :
Dapatkan : Di Sini
Pencapaian Buku Pertama
Buku pertama ini juga terpilih sebagai buku dari UTHM untuk pelancaran Majlis Pelancaran Buku Terbitan MAPIM yang disempurnakan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz pada 30 April 2007.
Aku juga ingin menyatakan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong buku ini. Beberapa anugerah telah di terima. Antara anugerah yang diterima ialah buku terlaris dan juga buku terbaik kategori bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.
Pencapaian Buku Terbaharu
Anugerah Pemasaran Terbaik “Buku Terlaris Di e-bookstore”
10 comments