Taklimat kepada Dekan dan Timbalan Dekan UTHM

Salam,

Hari ini pagi sampai kepetang tak masuk pejabat. Satu hari suntuk menguruskan taklimat kemudahan ICT kepada dekan dan timbalan dekan fakulti UTHM.

Terima kasih dan tahniah kepada dekan-dekan dan timbalan dekan-timbalan dekan yang sudi hadir meluangkan masa mendengar taklimat tersebut. Walaupun taklimat di singkatkan kepada separuh hari, namun pihak Pusat Teknologi Maklumat, UTHM masih berada di dewan 1 bagi melayani mereka yang tidak berkesempatan pada sebelah pagi.

Pengisian dilakukan lebih kepada kemudahan-kemudahan ICT teras yang ada di UTHM. Antara aplikasi yang terlibat ialah Total Campus Integrated System (TCIS), email (zimbra), Mylocker (Xythos), Sistem Pengurusan Giliran Konvokesyen dan Sistem Maklumat Pelajar (SMP).

Alhamdulillah majlis berlangsung lancar dan mendapat maklumbalas positif. Ada antaranya yang mencadangkan supaya taklimat ini dibuat secara hands on dan secara terperinci setiap kemudahan.

Terima kasih juga kepada Bos dan juga rakan-rakan yang memberikan kerjasama serta komitmen.

rais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*