Staf UTHM catat nama di dalam “Malaysian Book Of Records”

KAJANG – Pertandingan ’36-Hour Webdev Contest 2010′ anjuran Open Source Competency Centre (OSCC), MAMPU telah diiktiraf oleh ‘Malaysian Book Of Records’ sebagai ‘Longest OSS Programming Event’ yang telah diadakan di Dewan Utama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kajang.

Peristiwa bersejarah ini telah berlangsung pada 6 Oktober 2010 hingga 8 Oktober 2010 di mana permulaan secara rasmi pertandingan ini bermula 10.00 malam pada 6 Oktober 2010 hingga jam 10.00 pagi pada 8 Oktober 2010. Selepas pertandingan berakhir, setiap peserta akan membuat persembahan sistem kepada juri-juri dan peserta-peserta lain.

Pertandingan ini diadakan bagi mempromosi kemahiran pembangunan aplikasi sumber terbuka di Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi di samping menggalakkan pemkembangan komuniti pembangun sumber terbuka di Malaysia. Selain daripada itu, pertandingan ini menyediakan generasi pelajar yang boleh bersaing serta mampu memenuhi keperluan industri dalam sumber terbuka. Pertandingan ini bukan sahaja menguji pengetahuan para peserta yang terlibat, malah menguji daya tahan fizikal setiap individu terlibat yang membangunkan aplikasi selama 36 jam tanpa henti.

Pihak OSCC telah menerima sebanyak 49 penyertaan dan cuma 18 pasukan disenarai pendek. Salah satu daripada 18 peserta yang disenarai pendek merupakan pasukan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan nama UTHM OS FORCE. Antara individu yang terlibat ialah En. Muhamad Rais Bin Abd Halim, En. Rusmaini Bin Miftah dan En. Mohd Hazmi Bin Kasmin dari Pusat Teknologi Maklumat, UTHM.

Ketiga-tiga peserta UTHM ini telah berjaya mengharungi 36 jam dalam membangunkan perisian sumber terbuka dan secara rasminya merupakan wakil UTHM yang terlibat bersama-sama peserta lain mencatat nama di dalam ‘Malaysian Book Of Records’ sebagai ‘Longest OSS Programming Event’.

Tahniah diucapkan.

Sumber : http://www.uthm.edu.my

rais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*