Redirect page guna META

Salam,

Hari ini ilmu yang ingin dikongsikan di sini ialah bagaimana jika kita nak redirect kepada mana-mana alamat web. Pelbagai cara boleh dilakukan. Di sini ditunjukkan bagaimana perkara ini dilakukan dengan menggunakan HTML.

Langkah 1.
Bina fail index.html(biasanya letak nama index.html, kerana server akan membaca fail index.html sebagai fail lalai atau default dalam sesuatu folder).

Langkah 2.
Edit fail tersebut dengan skrip HTML iaitu :
<meta content="0; url=http://rais.my" http-equiv="REFRESH" />

Langkah 3.
Uji akses fail tersebut. Jika semua berjalan dengan lancar, fail tersebut akan redirect kepada laman web rais.my.

Anda boleh ubahsuai, “content=0″ bermaksud redirect akan dilakukan serta-merta. Jika ditukar kepada “content=5″ membawa maksud, redirect dilakukan selepas 5 saat laman diakses.

“url=http://hujungjari.com” ialah ke mana tuju redirect. Anda boleh menukar ke mana-mana yang dikehendaki. Contoh : jika anda ingin redirect kepada laman web UTHM, tukar kepada “url=http://www.uthm.edu.my”.

http-equiv=’REFRESH’ pula meminta pelayar atau browser supaya reload page tersebut. Reload akan dilakukan mengikut masa yang telah ditetapkan di “content=0”.

Selamat mencuba.

rais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*