Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Ke-29 2010

Sememangnya acara tahun yang ditunggu iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan pada tahun 2010 ini merupakan kali yang ke-29. Tahniah diucapkan.

Pesta Buku ini akan berlangsung bermula dari 19 Mac 2010 sehingga 28 Mac 2010 di PWTC, Kuala Lumpur. Sahabat-sahabat dan rakan-rakan memang saya rekemen sangat-sangat untuk memeriahkan pesta buku ini. Memang tidak merugikan. Banyak penerbitan-penerbitan baru dipamerkan dan tidak kurang juga penjualan pelbagai buku termasuk novel, majalah, buku kanak-kanak dengan pelbagai diskaun.

Maklumat lanjut bolehlah layari laman web rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

p/s : Jangan lupa cari buku PHP & Mysql warna merah terbitan UTHM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*