Peribahasa – Mati di sisi yang hidup, hidup di sisi yang mati.

Peribahasa Melayu semakin dilupakan oleh generasi sekarang. Rasanya tidak pernah kita dengan mendengar pada waktu sekarang muda-mudi berbual diselitkan dengan peribahasa. Sangat berbeza pada zaman dahulu seperti cerita-cerita rakyat. Bukan sahaja berbual, malah nak bergaduhpun sempat berperibahasa. Apa kata kira mengingat dan menggunakan kembali khazanah kita ini.

Dengan adanya blog ini, saya mengambil inisiatif (mana yang termampu) dengan membuat post satu peribahasa untuk seminggu. Moga rakan-rakan lain dapat berbuat demikian demi memartabatkan Bahasa Melayu.

Peribahasa Minggu Ini ialah :
Mati di sisi yang hidup, hidup di sisi yang mati.

Maksud :
Orang jahat yang telah menghilangkan diri dianggap seperti orang yang sudah mati; orang berjasa yang meninggal dunia dianggap masih hidup juga.

Sumber :
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Rais.my

3 thoughts on “Peribahasa – Mati di sisi yang hidup, hidup di sisi yang mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*