Pendapatan Pasif VS Pendapatan Aktif

Kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang miliki. Betul juga ungkapan ini. Masa itu emas. Jadi masa lebih berharga daripada wang ringgit.

Pendapatan Aktif:
Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.

Pendapatan Pasif:
Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti!

Jika anda dilihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka. Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.

Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakkan daripada kita.

Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif !!!

Berikut adalah beberapa contoh jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian :
* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

Jadi berusahalah mencari pendapatan pasif bagi menjamin kesejahteraan hidup kita.

Antara pendapatan pasif yang sedang saya jalankan ialah Usahawan Mobile Community Programme. Setiap individu yang saya kenalkan, saya akan mendapat komisyen SETIAP KALI DIA TOPUP.

Mungkin saya tak pandai nak terangkan tetapi boleh rujuk laman web ini : http://tunetalkprepaid.my

[contact-form-7 404 "Not Found"]

rais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*