Model-View-Controller

Salam,

Memang banyak model pembangunan perisian yang ada sekarang. Bagi Codeigniter, model pembangunan MVC diketengahkan. Dulu waktu belajar memang ada di ajar pasal MVC tapi aplikasinya kurang. Dengan belajar macam mana nak guna code igniter ni baru lah kenang-kenangkan kembali zaman belajar dahulu hihihi. Pertama sekali kena faham semula MVC nih… huh…

Apa itu MVC?

MVC ialah teknik atau model pembangunan sistem yang memecahkan kod-kod aturcara kepada beberapa bahagian iaitu Model, View dan Controller. Setiap bahagian ini mempunyai tugas masing-masing.

Ringkasan MVC.

Controller -> Model -> View boleh disamakan dengan Input -> Proses -> Output.
Contoh yang boleh saya ceritakan supaya lebih memberi kafahaman ialah seperti sebuah organisasi yang mempunyai pegawai pemasaran, pengurus cawangan dah juga bahagian teknikal. View boleh di katakan seperti pegawai pemasaran yang sentiasa menjadi antaramuka antara organisasi dan juga pelanggan. Manakala Controller boleh diibaratkan sebagai pengurus cawangan yang mengawal semua operasi organisasi dan Model pula boleh diibaratkan sebagai bahagian teknikal atau mereka yang bekerja di belakang tabir.

model-view-controller-02

Sumber : http://www.tonymarston.net/php-mysql/model-view-controller.html

muhamadrais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*