Anda boleh menggunakan kemudahan zoom window yang tersedia di dalam Mac OS X anda.
Namun kemudahan ini secara lalainya tidak diaktifkan. Untuk mengaktifkan kemudahan ini, ikut langkah berikut;
Pada “System Preferences” daripada Apple menu, klik “Universal Access”. Kemudian klik pada tab “Seeing” dan pada “Zoom”, klik ON. Kemudian klik checkbox “Zoom in window”.
Kekunci pantas lalai zoom ialah Control+Scrolling. Sekarang anda akan dapat kemudahan seperti kanta pembesar. Ini memudahkan anda zoom kepada skrin anda terutama ketika anda dihadapan mengajar.
Selamat mencuba.