Melompat seayun langkah

Mungkin ada yang berasal daripada Negeri Sembilan pernah mendengar orang terdahulu menggunakan Perbilangan ini. Perbilangan ini saya ambil daripada buku Glosari Adat Negeri Sembilan oleh Norhalim Hj Ibrahim.

Perbilangan ini membawa maksud, melakukan sesuatu berdasarkan kemampuan diri. Dalam hidup bersaingan dalam masyarakat luas, seseorang ahli suku itu perlu berpengetahuan atas kemampuan diri.

Perbilangan penuh ialah :
Menjangkau serentang tangan,
Memikul sekuat bahu,
Melompat seayun langkah,
Berkata Sepanjang adat.

rais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*