Kursus Win 7 – Mission Accomplished

Salam,

Sebelum tu ucapan tahniah kepada semua peserta kursus Microsoft Certified Technology Specialist – Windows 7, Configuring yang berjaya mengharungi kursus bermula 5 Disember 2011 hingga 15 Disember 2011 di Makmal PTM 1, UTHM. Terima kasih tidak terhingga kepada Guru yang telah mengajar kami iaitu En. Ali Reza Azmi dengan tunjuk ajar dan berkongsi pelbagai pengalaman bersama kami.

Ucapan tahniah juga kepada mereka yang berjaya menduduki peperiksaan denga jayanya dan mendapat Sijil Profesional (Microsoft Certified Technology Specialist – Windows 7, Configuring) atau MCTS – WIN7.

Kursus ini sememangnya memberikan pendedahan yang begitu terperinci berkaitan Win 7. Sejurus selepas itu saya pun terus jer install Windows 7 dan ternyata performance dan stability jauh berbeza dengan Win XP. Kursus ini saya bukan sahaja mencadangkan juruteknik sahaja yang patut ambil bahkan developer juga penting mendalami Win 7 bagi menjamin sistem atau aplikasi yang dibangunkan stabil… 😉


rais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*