Kembara Mahkota Johor 2010

Salam,

Alhamdulillah Kembara Mahkota Johor 2010 berjalan lancar. Kembara Mahkota pada kali ini menggunakan keretapi sebagai kenderaan kembara sekali gus Tuanku sendiri yang akan memandu keretapi tersebut. Perjalanan kembara kali ini adalah sejauh 391.3 KM di mana perjalanan akan bermula di Johor Bahru sehingga ke Gemas, Negeri Sembilan. Tuanku akan membuat tuning di Gemas sebelum pulang semula ke Johor Bahru. Kembara Mahkota ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 26 Jun 2010 sehingga 28 Jun 2010.

Proses tuning ini amat menarik di mana tuanku sendiri akan memusing kepala keretapi tersebut menghala ke selatan (180 darjah). Proses tuning ini merupakan proses wajib kepada sesiapa yang ingin memiliki lesen memandu keretapi.

Sama-samalah kita mendoakan Kembara Mahkota Johor ini berjalan dengan lancar.

Pada kembara kali ini Pusat Teknologi Maklumat (PTM) bertugas menyediakan kiosk informasi berkaitan Kembara Mahkota Johor 2010. Terima kasih kepada Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia (FTMM) kerana sudi meminjamkan kiosk ini.

Web rasmi : http://kembaramahkotajohor.com.my/

rais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*