Hilangkan selsema bayi

Sememangnya bayi yang kena selsema manyeksakan. Bukan sahaja bayi tetapi ibu bapa yang menjaganya terutama selsema menjadi semakin teruk pada waktu malam.

Terdapat satu petua yang boleh dicuba pakai. Petua daripada emak saya ini telah saya amalkan dan alhamdulillah selsema anak saya kering dan bayi tidak meragam.

Petuanya ialah :
1. Ambil 2 ulas bawang merah.
2. Sepotong lengkuas (agak-agak sama banyak dengan bawang merah).
3. Minyak masak.

Tumbuk lumat bawang merah dan lengkuas kemudian campurkan dengan minyak masak. Selepas itu bolehlah di letakkan di ubun-ubun anak. Minyak masak mengelakkan kulit anak mengelupas sekiranya air daripada campuran tersebut terkena kulit bayi.

Amalkan hingga sembuh.

Selamat Mencuba.

rais.my

5 thoughts on “Hilangkan selsema bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*