Glosari adat Negeri Sembilan (kunci – taat setia)

Banyak glosari yang digunakan di dalam negeri beradat, Negeri Sembilan. Pagi-pagi ni selak buku Glosari Adat Negeri Sembilan, terjumpa perkataan ‘kunci’. Di dalam glosari adat Negeri Sembilan, kunci membawa maksud taat setia. Sesungguhnya Negeri Sembilan mempunyai pelbagai peringkat atau aras pemerintahan mementingkan kemuafakatan dan taat setia seperti perbilangan :

Kunci anak buah kepada buapak,
Kunci Buapak kepada lembaga,
Kunci Lembaga kepada undang,
Kunci Undang kepada keadilan.

rais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*