Sebenarnya saya pun baru tahu array formula ni. Cara pengiraan kita lagi ringkas dan mudah. sebagai contoh, kita ada satu jadual dan kita kena dapatkan jumlahkan besar setelah semua data-data dilakukan operasi-operasi tertentu.
Contoh:
Kita perlu dapatkan Jumlah besar, (a+b)x(c-d).
Cara Pertama: Kira setiap baris (a+b)x(c-d) dan jumlahkan (sum) hasil setiap baris.
Cara Kedua: Gunakan array formula pada excel {=sum((a+b)x(c-d))}. Caranya, taip formula =sum((a+b)x(c-d)), selepas tu tekan serentak CTRL, SHIFT dan ENTER, curly bracket ” { } ” akan diletakkan automatik.
Lihat gambar berikut, pasti lagi senang faham. Apa-apa komen yee……
p/s: Terima kasih pada Cikgu Excel (Cikgu Suhaila) atas tips dan tunjuk ajar.