Duit ku hilang seringgit (RM1)

Salam,

Terbaca teka-teki yang rakan-rakan post kan di facebook. Dah lama sebenarnya mendengar teka-teki ni. Cuma sampai sekarang tak tau jawapannya.

Teka-tekinya :

Saya nak beli kasut harga RM 97.00. Jadi saya pinjam dengan ali RM 50.00 dan dengan Abu RM 50.00. Setelah membeli kasut tersebut, juruwang pulangkan saya RM 3.00 (RM 100.00 – RM 97.00). Lepas tu saya pun berikan Ali RM 1.00 dan Abu RM 1.00 baki daripada beli kasut tersebut. Jadi di tangan saya ada RM 1.00.

Masalahnya… Baki hutang saya dengan Ali ialah RM 49.00 dan dengan Abu ialah RM 49.00. Jika dijumlahkan bersamaan dengan RM 98.00. Tapi di tangan saya cuma ada RM 1.00. Kalau dikirakan RM 98.00 (hutang saya Ali dan Abu) + RM 1.00 (baki di tangan saya) = RM 99.00.

Nih yang peliknya. Mana lagi RM 1.00. Sedangkan permulaan saya pinjam duit dengan Abu RM 50.00 dan Ali RM 50.00. Jika dijumlahkan bersamaan dengan RM 100.00. Hhhhmmm…

Fikir-fikirkanlah…

rais.my

One thought on “Duit ku hilang seringgit (RM1)

  1. Lol. Yang dah bagi balik RM1 kat tiap2 orang, bukan pinjam RM50 dah. Tu kira pinjam RM49 la.
    Kalau bagi balik RM10, kira pinjam RM40 la. Dah bagi balik, bukan kira pinjam. Tak kira la berapa baki kat tangan pun.

    Dalam matematik, kita kena buat pengkelasan dan tau TUJUAN OPERASI. Jangan main tambah atau tolak semua nombor yg kita jumpa depan mata.
    1. Baki pulang pada Ali + baki pulang pada Abu = jumlah baki
    (RM1 + RM1 + RM1 = RM3 baki pembelian kasut)

    2. Hutang diberi tiap peminjam – hutang dipulangkan kepada tiap peminjam = baki hutang kepada setiap peminjam (RM50 – RM1= RM49 baki hutang kepada Ali dan Abu masing2)

    3. Baki hutang Ali + baki hutang Abu = Jumlah baki hutang perlu dibayar (RM49 + RM49 = RM98)

    4. Jumlah duit yang dimiliki tiap peminjam ialah RM50 = RM49 kredit + RM1 baki dah dipulangkan.
    5. Yang baki RM1 kat tangan saya tu, lantakla dia nk buat apa. Tu dah termasuk dlm hutang. RM1 tu ialah sebahagian duit yang dihutangkan.
    6. Kenapa nak tolak duit baki hutang terkini RM98 dengan RM1 tu. RM1 tu duit yg dihutang. REDUNDANT.
    7. Duit yang saya hutang sekarang dah bertukar ke 2 bentuk. Sebagai kasut (RM97) dan sebagai wang dalam tangan (RM1). Betul la tu memang RM98 lagi yg kena bayar.

    **kalau pening, baca no 7 sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*