Dapatkan tahun dalam PHP

Salam,

Tip hari ini cukup mudah. Bagaimana anda ingin mendapatkan tahun semasa atau tahun sekarang menggunakan kod PHP?

Cukup mudah. Kod yang digunakan untuk mendapatkan tahun semasa ialah :-

echo date('Y');

Tapi bagaimana pula jika anda ingin mendapatkan tahun sebelumnya? Perkara ini juga mudah iaitu anda perlu menolak 1 daripada tahun semasa. Kodnya seperti di bawah :-

echo date('Y')-1;

Begitu juga sekiranya anda ingin mendapatkan tahun berikutnya. Cuma tukar tolak kepada tambah kod di atas.

Rais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*