D.I.Y dengan suis Zencelo 1 Gang

Salam,

Minggu lepas sempat DIY menukar suis lampu yang telah di beli sebelum ini. Kebetulan di rumah dah ada suis yang rosak, jadi, alang-alang beli beberapa suis untuk ditukar. Jom kita tengok DIY simple ni.

1. Ini merupakan perbandingan suis yang baru dan suis yang lama. Pastikan sama ye.

2. Periksa sama ada cukupkah alatan yang diperlukan sebelum buka yang laman dan pasang yang baru. Kebiasaannya bila kita membeli sesuatu suis, kita akan mendapat set lengkap beserta skru. Pastikan anda menggunakan test pen bagi memudahkan mengesan kehadiran arus elektrik.

3. Pastikan tiada litar elektrik semasa membuka suis lama. Kalau boleh label atau ingat kedudukan wayar kerana kadangkala pemaju perumahan tidak begitu mengikut piawaian jenis dan warna wayar.

4. Pastikan suis dipasang kemas sebelum menyambung kembali arus elektrik.

Selamat mencuba

rais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*