Create user MySQL guna Command line

Salam,

Mungkin create user MySQL ramai yang tak tahu atau lupa macam saya bagaimana caranya. Maklumlah sekarang pelbagai interface dah ada seperti toad for mysql, phpmyadmin dan lain-lain.

Ini panduannya :

1. Mulai dengan login
> mysql -u root -p
Mysql akan meminta katalaluan. Masukkan katalaluan.

2. Create user baru dengan barisan arahan di bawah
> CREATE USER ‘user_baru’@’localhost’ IDENTIFIED BY ‘password_user_baru’;
Masukkan user_baru dengan userid yang ingin dibina. Menggunakan localhost pula membolehkan user tersebut login diserver database sahaja. Untuk membolehkan user login daripada machine yang lain, localhost perlu ditukar kepada ‘%‘. Dan jangan lupa letakkan katalaluan user baru tersebut.

3. Setelah selesai membina user, sekarang kita perlu memberikan kuasa akses kepada user tersebut.
> GRANT ALL ON *.* TO ‘user_baru’@’localhost’;
Grant All akan memberi semua akses kepada user dari manipulasi data hingga kepada manipulasi struktur pangkalan data. Sekiranya ingin memberi akses tertentu boleh define akses tersebut seperti contoh, GRANT SELECT, INSERT, DELETE ON *.* TO ‘user’@’localhost’.

Selain daripada itu, kita juga boleh memberi akses user kepada pengkalan data tertentu sahaja. *.* perlu ditukar kepada nama_database.nama_table atau nama_database.*.

nama_database.* akan memberi akses kepada database tersebut dan semua table yang ada di dalam database tersebut. nama_database.nama_table pula akan memberikan akses kepada database dan table tertentu sahaja.

Selamat mencuba.

rais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*