Codeigniter – remove index.php (mod rewrite)

Kepada yang biasa dengan codeigniter, Tentu sekali ingin menampakkan aplikasi mereka lebih profesional atau menjadikan aplikasi Search Engine Friendly (SEO).

URL lalai pada codeigniter :
http://localhost/mykid/index.php/objek/method

Anda boleh tukar URL kepada :
http://localhost/mykid/objek/method

Perkara tersebut mudah dengan beberapa langkah.

1. Buka fail config.php.
2. Cari baris -> $config[‘index_page’] = “index.php” dan tukar kepada $config[‘index_page’] = “”.
3. Jangan lupa save.
4. Buat satu fail .htaccess pada folder codeigniter.
5. Isikan fail .htaccess dengan kod di bawah ;
—————-


RewriteEngine On
RewriteCond %{REQUEST_URI} ^system.*
RewriteRule ^(.*)$ /index.php/$1 [L]
RewriteCond %{REQUEST_FILENAME} !-f
RewriteCond %{REQUEST_FILENAME} !-d
RewriteCond $1 !^(index\.php|images|robots\.txt|css)
RewriteRule ^(.*)$ index.php/$1 [L]


ErrorDocument 404 /index.php

—————-
6. Dan jangan lupa enable mod_rewrite pada apache.
7. Restart apache.

Itu sahaja.

Dan anda juga boleh menjadikan URL anda seperti berikut ;
1. http://localhost/mykid/objek/method.html atau
2. http://localhost/mykid/objek/method.asp atau
3. http://localhost/mykid/objek/method.rais

Anda cuma perlu ubah fail config.php dan cari baris $config[‘url_suffix’] = “” dan tukar kepada $config[‘url_suffix’] = “.html” atau $config[‘url_suffix’] = “.asp” atau $config[‘url_suffix’] = “.rais”.

Mungkin mereka tertanya-tanya, apakah programming yang anda gunakan untuk sistem anda.

Selamat mencuba.

rais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*