Buku PHP dan MySQL Bahasa Melayu

Salam,

PHP merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan laman web yang semakin popular. Namun memang sukar kita mendapatkan rujukan berbahasa melayu. Inisiatif menulis buku PHP berbahasa melayu memang mendapat sambutan ramai. Namun tujuan utama aku menulis buku ialah ingin berkongsi ilmu bersama.

Buku pertama aku ialah PHP & MySQL, Asas dan pertengahan yang merupakan terbitan Pejabat Penerbit, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Buku ini amat sesuai kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan PHP dan MySQL dan juga kepada pengajar-pengajar kerana buku ini ditulis dengan mengambil pendekatan praktikal. Contoh kod aturcara disertakan sekali dengan screenshot output bagi memudahkan pemahaman pembaca.

1 naskah (RM25.00)
+ Pos Ekspress (RM4.50)
= RM29.50

Buku ini berharga RM 25.oo. Sekiranya pesanan melalui pos, perlulah tambah RM 4.50 untuk pos ekspress. Jika berminat bolehlah berhubung dengan pejabat penerbit, uthm atau berhubung sendiri dengan emel mrais.abdhalim[at]gmail.com atau rais[at]uthm.edu.my atau isi sahaja borang di bawah. Biasanya kalau beli banyak mesti ada diskaun.

Buku ini juga terpilih sebagai buku dari UTHM untuk pelancaran Majlis Pelancaran Buku Terbitan MAPIM yang disempurnakan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz pada 30 April 2007.

Majlis Pelancaran Buku Terbitan MAPIM Majlis Pelancaran Buku Terbitan MAPIMMajlis Pelancaran Buku Terbitan MAPIM

Aku juga ingin menyatakan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong buku ini. Beberapa anugerah telah di terima. Antara anugerah yang diterima ialah buku terlaris dan juga buku terbaik kategori bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

Anugerah Buku Terlaris

Anugerah Buku Terbaik

-------------------------------------------------------

Borang Mohon Maklumat Lanjut Buku PHP dan MySQL

Nama Anda :

Emel Anda :

captcha

Masukkan seperti imej di atas


-------------------------------------------------------

Rais.my

10 thoughts on “Buku PHP dan MySQL Bahasa Melayu

  1. Asmkm, sya nk tya En. Rais. Tahu tak mcm mna kita nak buat php code yg akan paparkan graf dalam bentuk graf garis. Dan ia akan paparkan mengikut nilai database. dengan erti kata lain ia akn papar secara auto setiap kali data dlm database berubah. Saya guna php dlm dreamweaver n guna xamp srta ada phpmy admin semua tu sbg database.

    Saya harap en Rais boleh tolong dan beri idea yg baik.

  2. Maaf saya nak huraikan di sini mungkin terlalu panjang… InsyaAllah kalau berkesempatan saya tuliskan tutorial di blog saya… Anyway kalau kita nak lukis sendiri graph memang boleh tapi memakan masa. Saya lebih suka menggunakan class yang telah disediakan oleh orang lain… Mungkin saudara/i boleh cuba tengok2 http://jpgraph.net/

  3. sy ada byk buku2 ringkas PHP seperti keluaran venton (penulis : khairul aizam mohamad).byk tunjuk contoh secara specific.tp kebanyakan buku yg ada tiada contoh sistem yg complete.dari login sehingga logout, secara berturutan.sy rasa itu lebih menyeronokkan.sbb setiap file link each other.dan xmembuatkan user lost.dalam buku encik rais ada x contoh seperti itu??

  4. Secara kasar buku saya merupakan buku yang mengajar asas php kepada pembaca. Tiada tutorial secara berturutan menggunakan konsep study case. InsyaAllah saya dalam proses menulis buku tersebut. Memandangkan beberapa trainig yang saya buat, pendekatan study case lebih bagus.

  5. Salam En. Rais,sy dah beli buku PHP dan MYSQL-Asas dan pertengahan,terima kasih atas tutorial dlm buku tersebut..sy nak tanya ada tak buku yang lebih advance dlm versi bahasa melayu yang lain?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*