Buku PHP dan MySQL Bahasa Melayu, mudah dan praktikal

Berbekalkan pengalaman membangunkan sistem-sistem berasaskan web, saya menulis buku ini bagi berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran membangunkan sistem penggunakan PHP, MySQL serta HTML secara tidak langsung.

Ini merupakan buku dari pembangun yang mana bukanlah ditulis sebagai nota kuliah semata-mata. Versi baharu ini didatangkan dengan pengisian yang lebih berkualiti, penyampaian yang lebih mudah difahamai dan lengkap disamping kualiti cetakan yang telah dinaiktaraf.

Sekarang lebih mudah diperolehi dengan adanya kedai secara online yang disediakan oleh UTHM. Pembelian secara pukal juga diberikan diskaun tanpa mengira siapa. Berikut merupakan perincian buku.

Penulis : Muhamad Rais Abd Halim

Harga : 57.00

ISBN : 978-967-0764-03-0

Tahun terbitan : 2015

Bil. muka surat : 261 muka surat

Buku Jom Belajar PHP dan MySQL akan membantu anda menjadi seorang pengaturcaraan laman web dinamik. Buku ini mengajar pengaturcaraan PHP secara tersusun dan teratur. Selain daripada pengaturcaraan PHP, buku ini juga disertakan pengenalan berkaitan pangkalan data MySQL dan pengaturcaraan HTML.

Buku ini berkonsepkan tutorial visual dengan menampilkan penerangan, contoh-contoh pengaturcaraan beserta rajah output bagi memudahkan pemahaman para pembaca.

Topik-topik yang akan dipelajari :

  • Pengenalan pengaturcaraan PHP
  • Konfigurasi pelayan
  • Asas penggunaan pangkalan data MySQL
  • Sambungan PHP kepada pangkalan data MySQL
  • Pengenalan pembolehubah, operator dan penyataan pada PHP
  • Mengenal fungsi dan tatasusunan PHP
  • Manipulasi fail, rentetan aksara dan tarikh
  • Penggunaan Cookies dan Session
  • Muat naik fail
  • Pengesanan ralat

Selamat membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*