Awas! Misteri jalan Gemas – Segamat

thumbnailMacam biasa, kalau balik ke Kampung ku, Kampung Londah, aku akan pulang ke Parit Raya sebelah petang sabtu. Sebab Ahad Johor dah kerja. Jalan yang biasa dilalui ialah Jalan Gemas – Segamat.

Sampai disebatang terlihat seorang perempuan Cina tua menjual buah-buahan di tepi jalan. Agak kasihan melihatnya aku pun berhenti dan membeli apa-apa yang patut.

Setelah dalam setengah jam perjalanan, satu bau macam bau ku hidu. Anak-anak ku ada yang membuka mulut bertanya namun aku buat tak tahu sahaja. Makin lama makin kuat baunya.

Sesampai di rumah, hampir maghrib. Aku terus masuk dan mengemas barang-barang dari kereta. Macam biasalah, barang bertambah bila balik daripada kampung ni. Macam-macam mak bekalkan.

Sedang berkemas-kemas di dalam rumah pula, hidung ku macam terhidu bau seperti dalam kereta tadi. Ah sudah… Aku pun fikir yang baik-baik jer. Ah takde apa lah….

Bila semua nak masuk tidur, bau tersebut makin kuat. Tak tau nak buat apa, aku cuma cuba lelapkan mata dengan harapan hilang apa yang mengganggu.

Pagi esoknya, bau tersebut seolah kurang tapi masih ada. Ah tak sempat nak buat apa. Nak pegi kerja dan hantar anak-sekolah.

Balik daripada kerja, buka je pintu rumah… Ah bau tu ada lagi. Tanpa sebarang kata, aku terus ke dapur. Baru aku ingat ada satu plastik merah yang Cina tua tu bagi pada aku. Oh. Tanpa buang berfikir panjang, aku terus buang. Jangan-jangan ini yang mengganggu.

Alhamdulillah hari ini bau tersebut telah hilang setelah Majlis Perbandaran Batu Pahat memungut sampah kulit durian tu.

Tamat.

2 thoughts on “Awas! Misteri jalan Gemas – Segamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*