Aplikasi MVC

Salam,

MVC rasanya saya dah mula faham dah, tapi macam mana nak guna MVC ni. Kadang-kadang bila teori macam faham jer tapi bola nalaksanakan mulalah teraba-raba. Rasa macam hhhmmm saya nih faham ke tidak sebenarnya…..

Anyway ringkasan di sini yang boleh saya buat ialah kalau pada View memang clear, mesti letak antaramuka sahaja, proses semua pada Controller atau Model. Ada satu video yang saya tengok mengatakan keep view stupid… hahaha… Controller pula melibatkan proses terutama proses penerimaan input, filtering dan lain-lain. Manakalah Model lebih kepada interaksi dengan pangkalan data (macam proses insert, delete, update) dan sebagainya.

Sekarang ni sebenarnya saya sedang apply Codeigniter (MVC) + LDAP class yang saya buat. Saya letakkan class LDAP pada folder library and Model access class tersebut dengan $this->load->library(ldap);. Pada Controller pula saya load Model ldap yang saya buat dengan arahan $this->load->model(‘mldap’);. Pada view pula saya buat form untuk Login dan form action saya panggil controller tadi.

Fail yang terlibat :
/libraries/ldap.php – class ldap saya
/models/mldap.php – yang ini model ldap saya
/controllers/cldap.php – controller ldap dan
/views/form_login.php – form untuk login

muhamadrais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*