Apa itu pasaran hadapan?

Salam,

Pernah dengan tentang pasaran hadapan? Rasanya pasaran hadapan tidak asing kepada meraka yang pernah bergiat di dalam urusniaga saham dengan Bursa Malaysia. Tetapi majoriti antara kita tidak tahu apa itu pasaran hadapan.

Pasaran hadapan seperti tertulis di dalam laman web Bursa Malaysia :

“Derivatives are financial instruments used to manage one’s exposure to today’s volatile markets. A derivative product’s value depends upon and is derived from an underlying instrument, such as commodity prices, interest rates, indices, and share prices.”

Daripada ayat di atas, boleh disimpulkan bahawa, fungsi utama pasaran hadapan digunakan untuk pengurusan risiko (risk management) untuk mengimbangi portfolio anda. Walaupun para spekulator juga memasuki pasaran hadapan, tetapi pasaran hadapan juga adalah tempat yang penting untuk para pelabur professional mengurangkan risiko masing-masing dengan teknik tertentu.

Pasaran hadapan atau futures market adalah perkembangan dari spot market dan juga forward market. Cuba fahami analogi di bawah :

Spot market : Razak seorang peladang kelapa sawit. Razak pembeli buah kelapa sawit dari Hadi. Hadi membayar RM500 untuk satu tan buah kelapa sawit, dan mendapat buah kelapa sawit pada masa itu juga.

Forward market : Azreen pembeli / pemborong buah kelapa sawit. Rais pengilang memproses kelapa sawit. Rais memerlukan kelapa sawit sebanyak 100 tan dalam tempoh 3 bulan lagi. Jadi, Rais berjumpa dengan Azreen dan menawarkan harga RM600 satu tan kerana bimbang kelapa sawit berkemungkinan naik menjadi RM700 satu tan 3 bulan lagi. Rais mahukan kelapa sawit tersebut 3 bulan lagi dan bukannya sekarang.

Azreen juga menerima tawaran harga RM600 satu tan kerana dia juga bimbang harga akan menjadi RM500 satu tan 3 bulan lagi . Justeru itu, Azreen juga bersetuju untuk menghantar 100 tan kelapa sawit 3 bulan dari sekarang dengan harga yang ditawarkan.

Futures market : Azreen seorang peladang kelapa sawit. Rais pengilang memproses kelapa sawit. Rais memerlukan 100 tan kelapa sawit dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Proses yang sama dibuat seperti forward contract di atas, tetapi kontrak itu dilakukan bukan di antara Rais dan Azreen, tapi oleh pihak ketiga, yang dikenali sebagai Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia yang menentukan harga dengan berdasarkan supply dan demand, serta mempunyai data-data dan tugasan lainnya. Bursa Malaysia juga adalah pihak yang menetapkan harga – harga kelapa sawit untuk semua yang terlibat dalam sektor kelapa sawit. Bukan sekadar jual-beli antara Azreen dan Rais sahaja.

Pemborong dan peladang kecil barangkali tidak menyedari kepentingan instrumen ini diwujudkan, tetapi sekiranya anda memerlukan kelapa sawit dalam kuantiti yang besar dan perniagaan anda terdedah dengan pelbagai risiko tertentu, maka pasaran hadapan akan membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

Di Malaysia, produk derivatives atau pasaran hadapan ini sudah dikendalikan oleh Bursa Malaysia sepenuhnya. Terdapat 9 pasaran hadapan yang wujud di Bursa Malaysia iaitu :

  • KLCI (FKLI) Futures
  • KLCI (OKLI) Options
  • 3 Mth Month Kuala Lumpur Interbank Offered Rate interest rate (FKB3) Futures
  • Crude Palm Oil (FCPO) Futures
  • 3-Year Malaysian Government Securities (FMG3) Futures
  • 5-Year Malaysian Government Securities (FMG5) Futures
  • 10-Year Malaysian Government Securities (FMGA) Futures
  • Crude Palm Kernel Oil (FPKO) Futures
  • Single Stock Futures (SSFs)
  • Ethylene OTC Futures Contract

Pasaran hadapan merupakan instrumen kewangan yang sophisticated. Namun, sekiranya anda sanggup belajar, tidak susak untuk memahami pasaran hadapan ini dan anda akan nampak peluang yang ada.

rais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*