Apa itu Guide Number (GN)

GN biasa terdapat pada flash atau speedlight. GN ni merupakan unit untuk menunjukkan kekuatan cahaya yang dibekalkan oleh sesuatu flash tersebut. Jika nilai GN besar bermakna kuat cahaya yang dibekalkan. Di bawah ni disertakan bagaimana perngiraan GN dilakukan. Pengiraan dilakukan dengan menggunakan ASA100.

GN = Guide Number,
f = Aperture,
D = Jarak objek dengan flash (bukan jarak objek dengan kamera),

Formula :
GN = f x D

GN mestilah betul sama ada dalam meter atau kaki. Jika ingin melakukan convertion daripada meter ke kaki atau kaki ke meter formulanya ada kat bawah :

GN(ft) = GN(m) x 3.3
GN(m) = GN(ft) x 0.3

Jika kalau guna asa berlainan, penukaran dilakukan dengan pengiraan di bawah :

Film Speed or Sensitivity = Conversion Factor
ASA 25 = 0.5
ASA 50 = 0.71
ASA 100 = 1
ASA 200 = 1.4
ASA 400 = 2
ASA 800 = 2.8
ASA 1600 4

Contoh pengiraan :

Contoh 1.
GN flash kita 32, dan jarak kita dengan objek 2 meter, maka pengiraan yang perlu kita buat untuk mengetahui apakah aperture yang sesuai diguna ialah GN = f x D, f = GN bahagi dengan D, 32/2=16, maka aperture kita sesuai ialah 16. Itu kalau GN kita dalam unit meter.

Contoh 2.
GN = 32, D = 4, ASA 800, Cth pengiraan :
GN = f x D,
f = GN/D
f = 32/4 = 8
Untuk ASA 800 = 8 x 2.8 = 22.4,
maka, aperture yang sesuai untuk ASA 800 ialah 22.

rais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*