36-HOUR OSS WEBDEV CONTEST 2010 – TAMAT

Alhamdulillah,

Tamat sudah pertandingan 36-HOUR OSS WEBDEV CONTEST 2010, Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menghabiskan pertandingan ini seterusnya menjadi salah seorang RECORD MAKER atau RECORD BREAKER untuk Malaysian Book Of Record.

Pertandingan anjuran OSCC MAMPU ini memang menguji ketahanan individu dari segi fizikal, mental dan emosi. Saya merasakan sendiri pengalaman ini dengan menjadi salah seorang peserta pertandingan tersebut. Memang tekanan sangat dirasai lebih-lebih lagi dengan keadaan kurang rehat dan tido serta masa yang disasarkan cuma 36 jam untuk menyiapkan tugas yang diberikan.

Team kami (mewakili Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) dan team-team lain berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dan telah pun dipersembahkan kepada hakim serta peserta lain. Sekarang cuma menunggu keputusan daripada pihak penganjur sahaja. InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin kejayaan seterusnya… doa-doakan…. Amin…..

More Picture >> Facebook Photos Gallery

rais.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*